Sunday, 29 September 2013

Dipertengahan

Ini persahabatan
Percintaan
Rasa kasihan
Atau sekadar mengisi kekosongan

Aku sendiri tak pasti

Sampai kau sendiri tetapkan nanti

Tuesday, 17 September 2013

Lima Gadis.

Dari titik hitam, kita bangun gapai awan.
Dari budak hingusan, kita kini sudah perawan.
Dari zaman sekolah, masuk ke alam pekerjaan.

Tanpa kita sedar,
Ini tahun ke-13 kita berkawan.

Jujurnya aku bisa lompong tanpa kalian
Jadi;
Semoga kita tetap bersahabat demi tuhan.

Friday, 13 September 2013

Yang di bahu.

Tuhan,
Tabahkanlah.

Tuhan,
Sabarkanlah.

Tuhan,
Permudahkanlah.

Wednesday, 11 September 2013

Yang jauh

Rindu ini sudah tak terbendung
Namun masih tak bisa dilaung

Semoga tuhan jadikan ia bunga
Sentiasa indah untuk kita

Sunday, 8 September 2013

Threesome

Sunyi mencengkam
Rindu bertandang
Rangkul aku dengan kuat
Nafasku sesak
Segalanya bagai tak terdaya
Aku rebah dalam pelukan si rindu
Aku kalah dengan cengkaman si sunyi

Saturday, 7 September 2013

Sampai syurga

Bagaimana pedih kau tersinggung dek kelakuanku
Aku tahu doamu tetap tersisip untuk aku
Bersulam kasih juga rindu

Satu-satunya manusia yang ada saat jatuh bangun aku
Satu-satunya manusia yang tak pernah buang aku
Satu-satunya manusia yang lihat luar dan dalam aku
Satu-satunya manusia yang sentiasa peluk ciumnya aku rindu

Yang sampai sudah pun takkan aku jumpa penggantimu

Aku berdoa agar tuhan sentiasa menjaga serta melindungimu

Anak gadismu ini terlalu merindu.

Friday, 6 September 2013

Semua tentang dia.

Sebaik-baik ciptaan;
Sedikit celanya pun tak kelihatan dari kaca mata aku

Cara dia berkawan
Hubungan keluarga
Pelajaran dia
Kerjaya dia
Ikhtiar hidup
Usaha dia
Rupa dia
Kelakar dia
Peribadi dia
Semua tentang dia

Masih tak ternampak langsung celanya

Tak mustahil ramai perempuan gilakan dia




Termasuk aku.

Wednesday, 4 September 2013

Brazil

Rezeki tidak tarik tangan kita,
Untuk ikut ke mana dia,
Sebaliknya kita perlu kejar,
Pastikan dapat tarik,
Walau sekadar hujung baju dia.

Kalau terbakar,
Usahakan.

Kalau tercabar,
Cari jalan.

Kena,
Perlu,
Harus,
Pasti,
Mulakan!

Tulang.

Sampai satu masa
Kita akan jumpa
Seseorang dalam dunia
Yang tak pernah kita panggil dia sahabat
Tapi dialah sebenar-benar sahabat

Yang tak pernah terduga
Yang tak pernah langsung terduga

Subhanallah
Terima kasih tuhan;
Untuk kurniaan ukhwah seindah ini
Sebab hadiahkan aku manusia seperti ini
Dan kerana wujudkan sahabat seperti dia ini

Segala puji untukMu
Yang terlalu mengetahui
Yang terlalu memahami

Subhanallah

Tuesday, 3 September 2013

Bahana.

Manusia;
Terlalu mudah menghukum

Lelaki;
Terlalu berani menduga

Perempuan;
Terlalu cepat terasa

Sunday, 1 September 2013

"Memang semua lelaki sama, cuma ikhlasnya yang membeza mereka"

Assalamualaikum, awak.

Ini saya, yang masih menjadi saya, seperti saya yang sebelum awak biarkan tanpa kata dulu. Saya masih saya yang dulu, yang awak tahu takkan pilih untuk bersuara, sebaliknya menulis apa yang saya rasa. Dan saya tahu, awak masih punya perangai yang sama, yang masih curi-curi baca.

So, here it goes.

Terima kasih sebab awak yang pertama hulur tangan, bantu saya bangun dari dasar kejatuhan saat saya sudah terlalu lama duduk di sorok-sorok celahan hiba, saat saya tidak lagi percaya wujudnya perkara bodoh yang namanya cinta.

Untuk pinjaman bahu tempat saya rebahkan rasa, untuk pinjaman telinga saat saya bergundah gulana tentang dia, terima kasih tak terhingga. Dalam diam, saya mula percaya "memang semua lelaki sama, cuma ikhlasnya yang membeza mereka".

Awak lelaki pertama yang suarakan mahu sunting saya, tanpa awak tahu betapa gembiranya saya. Bertahun juga rupanya kita kenal, tapi boleh dikira berapa kali cuma kita jumpa empat mata. Terpaksa, sebab jarak dan keadaan semasa saya. Tapi, semua tempat yang sebenarnya biasa, awak jadikan ia tempat saya rasa bahagia. Yang paling saya ingat, gerai cendol bawah pokok, yang mana itu rupanya pertemuan terakhir kita.

Sumpah, sampai saat saya tulis ini pun masih ada rasa rindu dalam hati saya. Mungkinnya bukan untuk awak, tapi untuk kisah yang pernah kita kongsi sama.

Sekarang awak muncul semula, setelah saya sendiri sudah tak mampu ingat berapa lama. Saya langsung tidak tahu apa tujuan sebenar awak, tapi saya mampu agak.

Bagi pihak saya, maafkan saya untuk memungkiri janji yang pernah kita buat. Awak hilang tiba-tiba, tanpa satu patah kata pun yang awak tinggalkan untuk saya. Awak buat saya terkais-kais mencari di mana letaknya silap saya. Sampai satu masa saya mula sedar yang saya harus redha bila tuhan kata hubungan kita tak ke mana, walaupun hakikatnya hati saya terlalu remuk, rabak tanpa tahu sebabnya.

Saat awak baca kata terus terang dari saya ini, saya masih pegang pada kata-kata awak "memang semua lelaki sama, cuma ikhlasnya yang membeza mereka". Dan kerana itu saya cuba buka semula hati saya untuk seseorang, yang juga saya tak tahu bagaimana pengakhiran hubungan ini. Tapi dengan izin tuhan, saya akan cuba sebaiknya, saya perlu bagi peluang untuk saya dan dia mencuba, ukirkan keikhlasan, lihat ditahap mana ia...sebab awak bilang "memang semua lelaki sama, cuma ikhlasnya yang membezakan mereka", walaupun awak sendiri yang tarik balik keikhlasan awak untuk memiliki saya.

Maafkan saya, saya perlu teruskan perjalanan saya untuk sampai ke destinasi yang saya betul-betul tuju. Tak mungkin untuk saya berpatah balik ke tempat yang mana saya pernah jatuh ke dalam gaung, hancur segala. Dan mustahil untuk saya berjalan dengan orang sama, yang bawa saya ke gaung tempat di mana saya jatuh dulu. Itu cuma akan buat saya trauma dibayangi kisah lama. Saya perlu cari destinasi baru, dan saya sedang menuju ke sana ditemani travel partner saya yang baru.

Dan saat awak baca sampai ke ayat terakhir saya nanti, mohon awak maafkan saya dengan ikhlas hati...sebab saya tak boleh penuhi hasrat awak, mencuba untuk kedua kali. Mungkin awak tak pernah rasa ditinggalkan tanpa kata. Tapi, cukup untuk saya gambarkan ia sebagai perasaan seperti awak dimasukkan ke dalam penjara atas kesalahan orang lain. Seksa, dan terpaksa.

Jangan risau. Tuhan sudah tetapkan segalanya. Cuma, walaupun bukan pada saya, nanti tolong ikhlaskan segalanya demi Dia. Saya doakan awak bahagia, dengan siapa pun yang awak pilih untuk jadi penghuni hati awak selamanya.

Saya doakan, dengan izin tuhan.

Balas

Sepertimana dia buat aku jatuh terduduk
Sepuluh kali aku mampu buat dia tak bisa bangkit

--Kalau aku mahu

Tapi;
Tidak.

Saturday, 31 August 2013

Ais

Sangkaku ini mimpi dalam lelap sekejap
Rupanya realiti yang sedang ku hadap

Kamu,
Perilakumu;
--Manis

Aku,
Bagai ais yang dibiar bawah terik matahari;
--Cair

Semuanya terlalu manis untuk malam ini
;')

Friday, 30 August 2013

Merdeka

Rasa yang datang serupa tahi
Mencarut keluar semua babi

Asalnya mahu kongsi
Namun bila aku mula bicara
Seorang demi seorang berambus pergi
Terus sepi tanpa suara

Bagus juga

Paling-paling terlihatkan dek mata;
Siapa sahabat suka duka
Siapa dia teman gelak tawa
Dan siapa pula kawan yang paling celaka

Aku memang belum merdeka
Sebab diri aku sedang dijajah amarah durjana

Thursday, 29 August 2013

Gila sama gila.

Tajam kata
Rabak jiwa
Keliru rasa

Satu risiko yang paling teguh aku tanamkan antara aku dengan dia;

Tetap perlu gigih jadi teman tak berperasaan

Bila dengar
Sakitnya perlu tanggung
Bila sentuh
Pedihnya perlu diharung

Jujurnya
Aku tak tahu perasaan bodoh apa ini

Solusi termudahnya;
Mati

Friday, 23 August 2013

Tahap mana.

Kau ingat tak macam mana kita stress masa dekat Fraser?
Macam tu lah aku rasa sekarang
Kemudian kau gandakan dengan lima

Fapppppppp!

Thursday, 22 August 2013

Everything has changed.

Remember the moment I asked you to hear that Taylor-and-Ed's song?

:)

Monday, 19 August 2013

Penabur janji

Tinggal merata tanpa kata
Datang cuma bila kau suka
Kau fikir aku ini apa?

Tabur janji
Tak lama, kau hilang
Sama hilangnya rasa aku pada kau sekarang

Untuk apa kau datang kembali?
Mahu janji apa pula kali ini?

Cukuplah
Tanpa kau pun aku mampu bahagia

Walaupun lelaki yang ini tak sogok aku macam yang kau mampu beri
Sekurang-kurangnya dia tak terlalu mudah taburkan janji

Pergilah
Kau tak pernah perlukan aku sebenarnya

Sunday, 18 August 2013

Tentang percanggahan.

Adakalanya ada prinsip yang kita rasa bodoh
Tapi sampai satu masa
Mahu atau tidak
Kita terima juga prinsip itu
Dan aplikasikannya dalam hidup

Sebab adakalanya kita tak tahu
Prinsip bodoh itu
Cuma dirasa bodoh oleh kita
Tapi tidak pada orang lain

Friday, 16 August 2013

For the sake of our friendship

A simple message
that changed the shit turns into happiness;

 

So, here we go
We're gonna meet again
With the good friends
Like our good old days

Leave those unwanted matters behind
Enjoy every single moment like when we were 21
Cause all I wanna do is having a good time

So,
Let's fuck those problems
Feel like I won't give a shit this time

So,
Sounds like you're lucky this time?
Perhaps :)

Thursday, 15 August 2013

All these while.

"Benda ni semua nak uji perasaan sebenar kau kot.
Sebab selama ni bila aku tanya, kau deny"

Got it.
Bear in mind, Syam.
Bear in mind.

Just so you know.

Listening to your favorite song is like trying to kill myself using my own knife.

Saturday, 10 August 2013

Sunyi

Bila rasa rindu tak mampu terluahkan
Tanggung sakitnya selagi berkudrat tahan

Thursday, 8 August 2013

I should have known

Adakah ini perasaan cuma
Atau kau yang tak bersungguh memang

Bukan, aku maksudkan
Aku tahu kau bagaimana
Tapi yang cuma aku tak tahunya
Kenapa perlu aku deny juga

Mungkin sememangnya lumrah manusia
Sentiasa hidup dengan harapan
Daripada orang yang memang beri harapan;
Yang tinggi
Yang terlalu kita mahu
Dan yang bakal makan diri

Aku sepatutnya tahu
Atau tidak
Hari ini bakal tercatat
Sebagai ulangtahun kelahiran
Yang paling merodok jiwa

I should have known

Monday, 5 August 2013

Super rangers from loftus road,

Tentang bagaimana dulu jahatnya kita
Sama tahu sebab sama hilang akalnya
Sebutlah bagaimana jahanamnya zaman muda
Tapi syukur hari ini kita jadi siapa kita

Untuk kita yang lama
Simpankan seeloknya
Letakkan dalam mesin putaran masa
Biar terkisar halus sampai lumat tak apa

Walau sepuluh yang lain entah mana
Cukuplah cuma kita dua
Saling melengkapi apa adanya
Biar terasa masih berduabelas sama

Hadiah ini
Tanda aku mahu kita terus jalan
Sama-sama
Bila-bila
Mana-mana

Sebab some things are better left unsaid,
Jadi biar instinct jalankan kerja dia



Happy belated 25th birthday!


Sunday, 4 August 2013

Meatball-spaghetti-pizza

Manusia bila jatuh
Biar tiada yang hulur tangan bantu bangun
Namun
Cukup ada yang sudi duduk sama
Bukan bicara jatuhnya bagaimana
Tapi tentang bagaimana mahu melupa
Dua puluh empat jam sekalipun
Biar langsung tanpa suara
Tapi tetap masih boleh rasa apa yang lainnya
Semoga baik mula dan akhirnya


SindiketBBG
Terima kasih untuk wujudnya kita-kita

Friday, 2 August 2013

Dari hati manusia yang disampahkan oleh manusia lain.

Saat yang terpaling jatuh
Ditempat yang terpaling bawah

Atas kepala
Ada batu
Tersangat besar

Dalam hati
Ada pisau
Tersangat tajam

Aku rasa disampahkan;
Tersangat kotor
Menggelikan
Busuk
Hina
Jijik

Lidah manusia
Memang mampu membunuh
Cuma yang peliknya
Aku belum mati

Lowest point.

Bila manusia fikir dia tuhan
Yang tentukan rezeki seseorang
Yang jadikan siapa seseorang itu hari ini

Padahal sebenarnya manusia lupa
Tuhan cuma jadikan sesuatu situasi itu asbab
Yang mana secara tak langsung manusia jadi pelakunya

Terima kasih jatuhkan aku pada tahap paling bawah
Berpijaknya aku di mana aku sekarang
Sebab aku percaya kerja tuhan
Bukan sebab kau yang aturkan

Permainan mengungkit
Kalau kau tawarkan aku bermain sama
Aku bisa menang sepuluh kali ganda rasanya
Cumanya aku tak berminat
Sebab terlalu bercerita tentang apa sumbangan kita
Itu riak
Menunjuk-nunjuk
Terlalu berbangga
Atau dalam kata lainnya
Tak pernah ikhlas

Buatlah selama mana kau mahu
Aku memang sedang jatuh terduduk
Tadah airmata yang sama jatuh macam aku

Tapi aku percaya
Tuhan sedang ajar aku jadi manusia

Jadi aku doa
Agar tuhan tunjukkan kau jalan yang lebih baik
Sebab aku percaya
Aku dianiaya

Dan rezeki kita
Datang dari Dia

Aku harap kau tahu sama

Terima kasih sebab masih ingatkan aku ini siapa
Aku memang tak pernah lupa

Wednesday, 31 July 2013

Cermin.

Kita sebenarnya takkan ada masa nak fikir buruk orang
Bila kita sibuk perbaiki keburukan sendiri

Bila ada fikir tentang buruk orang
Ketahuilah bahawa kita tak cuba ubah buruk diri sendiri

Setiap apa yang kita cakap dan buat
Refleksnya pada diri kita semula

Macam saat kita cakap depan cermin

Saturday, 27 July 2013

Perangai tak seindah nama

Jangan selalu dibilang keadaan yang salah
Sedang kau sendiri jarang sujud di tikar sejadah

Berhenti jadi lelaki jijik
Yang sentiasa lihat salah orang
Sentiasa tuding jari sana sini

Kau bukan malaikat
Apa lagi nak jadi tuhan

Friday, 26 July 2013

Unintended

Accidentally liked your old photo
And suddenly feel hiilarious

Stupid me
Stupid me
Stupid me

If you wonder why,
This is just for your info;

I'm not stalking
I'm just checking
Either your life were great than mine
Or vice versa

Shame on me
I can't help myself laughing on my mistake

Thursday, 25 July 2013

Vulnerable.

Tahu saat bila yang terpaling jatuh untuk saya?
Saat teringat janji yang tak kemana
Saat sembilan tahun berlegar-legar dalam kepala

Andai sudah bahagia
Berhentilah ziarah otak saya
Sebab saya rasa terseksa

Wednesday, 24 July 2013

If and only if

Don't you remember
How we took each other for granted

Don't you remember
Who planned the plan

Don't you remember
How hard our journey was

You
do
not
remember
anything
at
all

Sunday, 21 July 2013

Belum pun cukup 3 x 30

Aku perlukan satu tembok besi
Bukan sekadar penghadang plastik
Yang sedang cuba kita dirikan

Supaya aku bisa janji
Aku akan sedar diri

Lain masa elak mulakan
Kalau tak mahu hujungnya gagal berdiri

Saturday, 20 July 2013

Tujuh lima tujuh.

Yang mulanya dicuri, aku akhirnya beri
Yang mulanya aku fikir abadi
Tapi siapa tahu kemudian hari?

Sembilan tahun
Baru pulang kembali

Walaupun tak abadi
Aku belajar satu;
Ikut hati, mati.

Dan tujuh lima tujuh,
Cukup sampai sini.

Gambaran,

Tentang perkahwinan
Yang bukan setakat saat hari diijabkabulkan

Tapi
Untuk seumur hidup
Yang setiap bangun pagi muka ini harus kau hadap
Yang setiap pulang kerja suara ini perlu kau dengar
Yang sampai tua diri ini harus kau terima
Yang sampai mati aku harap tetap sama setia
Yang sampai bila-bila aku harap kita saling mendoa

Jadi
Jangan cuba luah selagi belum sedia
Jangan titip walau sedikit harapan dan gambaran tentang bagaimana ia
Kerana tanggungjawab bukan sekadar untuk dibicara

Tolong bimbing aku sampai syurga
Dan pastikan anak-anak ikut sama

Kehadapan bakal imam,
Semoga sama-sama kita takkan berhenti cari mardhatillah.

Jangan cuba bercinta beria-ia
Selagi kau belum beri hati kau penuh pada Dia

Yang kita tak tahu bila
Yang kita tak tahu di mana
Yang langsung tak teragak siapa
Namun--
Semoga suatu hari nanti
Tuhan temukan kita saat kita sedia

Amin :)

Wednesday, 17 July 2013

One step back.

When you feel like you're gonna trust someone;
Stop care, and you wouldn't get hurt.

Monday, 15 July 2013

Libur.

Biar dipatuk keli kepala besar sekalipun,
Asalkan ada yang teman jalan sebelah saya.

Biar terkena tahi gagak atas bahu sekalipun,
Asalkan ada yang teman duduk sebelah saya.

Biar berbuka air kosong sekalipun,
Asalkan awak depan saya punya mata dua.

Hihihi, berbahasa indah pula saya.
Semoga awak tak pengsan bila baca.
;p

Tasik Cantik
S2 City Park
5 Ramadhan 1434H

Sememangnya kenyataan.

Kadang-kadang awak tak tahu yang awak susahkan orang,
Sampailah bilamana pangkat terbesar panggil awak,
Dan awak tetap mahu salahkan orang.

Jadi saya tak tahu saya ini bekerja untuk diri saya,
Atau saya bekerja untuk cover line orang.

Kasihan saya,
Tapi lagi kasihan saya lihat awak.

Awak ada anak bini yang mengharapkan,
Jadi tolong jaga keberkatan hasil penat lelah pekerjaan.

Yang sepatutnya bukan orang lain ingatkan,
Tapi antara awak dengan tuhan.

Reveal.

Pada saat kamu bilang tentang bagaimana kamu,
Aku dapat rasa Sang Kecewa menyapa cuit bahu aku.

Sunday, 14 July 2013

Kosong.

Sebenarnya hilang punca
Bila yang dulu terlalu kita damba
Kini yang tinggal cuma rasa biasa

Moga tuhan tolong tetapkan hati
Kalau benar ada baiknya nanti

Sebab tak mampu lagi untuk fikir sendiri

Tuesday, 9 July 2013

Belum tentu apa yang kita suka
Boleh orang lain terima

Belum tentu apa yang depan mata
Jadi yang terbaik untuk kita

Bilamana manusia tahu siapa Sang Pencipta
Tentu pada Dia manusia rujuk semula
Biar Dia kongsikan petunjukNya sama kita

Wednesday, 3 July 2013

Tentang bagaimana.

Mungkin aku patut faham
Jika awalnya pun sudah dikhabarkan begitu
Maka begitulah

Friday, 28 June 2013

Terima kasih untuk matahari terbenam.

Dari hari pertama
Sampai waktu ini

Saya cuma ada dua perkara mahu kata
Satunya; maaf
Duanya; terima kasih

Maaf;
Untuk segala kesusahan dan bebanan
Terima kasih;
Untuk semua pertolongan dan persahabatan

Terima kasih untuk hari ini
Seratus juta kali terima kasih pun
Masih belum saya mampu balas budi

Semoga sama ikhlas untuk terus jadi kawan
Dan semoga takkan serik untuk jadi kawan

Bagan Lalang
28 Jun 2013
7.00pm

Wednesday, 26 June 2013

Definisi cantik di mata kamu.

Bila ditanya tentang kecantikan
Yang paling aku inginkan
Ianya kecantikan dari dalam
Yang belum tentu mudah didapati

Yang paling aku mahu
Cuma tiga dalam hidup

Cuma tiga;

Ketabahan
Keberanian
Kehormatan

Simpan.

Ada sebabnya
Kenapa seseorang itu tidak percaya apa depan matanya kini
Ada sebabnya
Kenapa seseorang itu percaya apa yang dipegangnya kini
Ada sebabnya
Kenapa seseorang itu jadi apa adanya dia hari ini

Tentang segala apa yang pernah jadi
Tentang segala apa yang pernah dia hadapi

Kisah silam
Pengalaman hidup
Yang dia simpan sampai saat ini

Dan yang kita takkan pernah tahu
Tentang apa yang ada dalam hati

Tanpa kita tahu.

Bila masalah datang jadi tetamu
Bukanlah pertolongan orang yang kita mahu
Cukup bila ada yang sudi pinjamkan telinga tadahkan bahu
Untuk sama dengar sama rasa sama tahu

Tuesday, 25 June 2013

Yang patut sudah lama tahu.

Kadang-kadang itu ada juga terasa benarnya orang kata
Kalau dah nama lelaki maka mereka semua sama
Kalau ada lainnya pun cuma pada sesetengah tempatnya

Sampai bila pun takkan ada yang sempurna
Dan aku kena terima hakikat yang memang itu sifirnya

Monday, 24 June 2013

Ada benarnya.

The minute people fall in love,
they become liars.

Monday, 3 June 2013

Yang pertama.

Tentang tempoh masa
Tentang peliknya dengan manusia asing kali pertama
Tentang bagaimana tanpa bicara pun masih rasa bahagia

Tentang senyuman dia


Raub
2 Jun 2013

Saturday, 23 March 2013

Tentang jodoh.

Betul apa yang orang bilang,
kalau dah jodoh, pasti tak ke mana.

Tapi kalau dah memang tiada jodoh,
lagilah memang tak akan ke mana-mana.

Lagi-lagi kalau tak tahu nak move on.
Buang masa.

Tuesday, 26 February 2013

Mudah.

Bila saat lelaki bilang "aku taknak bagi harapan sangat"
secara automatiknya perempuan sudah pun megharap.

Sunday, 10 February 2013

Buta jangan jadi bodoh.

Kalau aku ini pentingkan diri,
semua kebenaran akan aku pamer.
 
Namun kerana simpati ini masih wujud,
aku sorokkan saja kebenaran itu.
 
Aku tahu, ada manusia yang buta terhadap aku.
Tetapi orang buta tidak bodoh, kan?
Jadi, aku harap mereka boleh fikir dalam-dalam.
 
Semoga simpati aku ini boleh sampai hari nanti.
Jika tidak, mungkin hati kau itu bakal rabak.
Serabak hati aku ini.
 
Sekali lagi aku ulang.
Kalau aku ini pentingkan diri,
semua kebenaran yang aku tahu, akan aku pamer.
 
Jangan kau cabar aku sampai aku jadi begitu.

Thursday, 31 January 2013

Lari.

menanti pada yang pasti takkan aku dapat
tunggu sehingga ke penghujung hari pun
belum tentu akan ada datangnya

bukan tak pernah aku pujuk hati
terlebih aku bagitahu anggapkan saja mati

sepertimana ia tak diminta
sepertinya juga kita takkan mampu paksa

mohon pergi jauh
agar tak ternampakkan aku yang telah lama rapuh