Friday, 28 June 2013

Terima kasih untuk matahari terbenam.

Dari hari pertama
Sampai waktu ini

Saya cuma ada dua perkara mahu kata
Satunya; maaf
Duanya; terima kasih

Maaf;
Untuk segala kesusahan dan bebanan
Terima kasih;
Untuk semua pertolongan dan persahabatan

Terima kasih untuk hari ini
Seratus juta kali terima kasih pun
Masih belum saya mampu balas budi

Semoga sama ikhlas untuk terus jadi kawan
Dan semoga takkan serik untuk jadi kawan

Bagan Lalang
28 Jun 2013
7.00pm