Monday, 1 November 2010

Gadis Kenit.

untuk setuap riang tawa awak
sya rindu bila ingat
untuk setiap marah tangis awak
saya senyum bila ingat
untuk sitap perbuatan dan bijaksana awak
saya bangga bila ingat

saat setiap kali saya mahu nangis
awak tak pernah gagal pinjamkan bahu
saat setiap kali saya mahu luah
awak tak pernah gagal pinjamkan telinga

walau jarang mana kita jumpa
walau awak tiada depan mata
semangat awak tetap ada sebelah saya

untuk sembilan tahun persahabatan kita
terlalu banyak kesusahan yang awak tanggung datang dari saya
tapi saya takkan serik untuk susahkan awak
sebab saya tahu, awak tetap faham dan sayang saya

terima kasih
sebab jadi sahabat terbaik dalam dunia ciptaan saya