Monday, 6 January 2025

XBF’s BF #2

Kau kata kita kawan? 

Aku harapkan, berkawan  boleh selalu kongsi cerita? 

Rupanya, tak, ya?


Sejujurnya aku tak faham

Kau bersungguh cari aku untuk sesuatu

Kau datang bila kau rasa perlu

Tapi kau blah macam tu je tinggal aku

Sesampah itu layanan seorang kawan?


Untuk setiap perkara yang ada permulaannya,

Manusia seharusnya ingat untuk letakkan juga pengakhirannya,

Agar tak wujud banyak tanda tanya.


You probably fine out there without me,

But I am struggling here without you. 


Tuesday, 31 December 2024

XBF’s BF

You told me clearly earlier.

That between us; 

There shall be no commitments.

And you just wanted to be my friend.


Days goes by,

And I’m sorry. 

I don’t think this is workable for us. 

Specifically for me. 


Allow me to hide this feeling.

So we can forever be friends. 

Sekadar

Wujudnya lelaki sifatnya datang dan pergi.

Yang di depan mata tak pernah menghargai.

Yang wujud baru ini sekadar layankan nafsu lelaki.

Perempuan mungkin selamanya akan diperbodohi. 

Tak berhak dihargai.

Apa lagi disayangi. 

Tuesday, 8 June 2021

4th.

Sejujurnya, aku tertekan dengan hubungan ini.
Hubungan yang aku pilih untuk jadi
Dengan lelaki yang aku pilih sendiri

Nampak indah pada awalnya
Siapa sangka, terlalu banyak badai melanda

Tuhanku, sungguh aku tak mampu
Tak tertanggung rasa sakit ini ya Allah

Perasaan diabaikan
Dihambakan
Tidak kurasa walau secebis bahagia

Demi si kecil itu, aku cuba bertahan
Namun jika aku fikirkan
Sampai bila hati aku akan disakitkan?

Sampai bila mahumu tuhanku?
Sampai bila nasibku begini tuhanku?
Apakah dengan menanggung kesakitan ini,
Adalah yang terpaling baik buat anakku?

Bantu aku ya Allah.
Ku mohon.

Jika tidak kami berubah ke arah yang lebih baik dalam redhamu, permudahkanlah.

Jika kami mampu berubah dengan izinmu, izinkanlah.
Gerakkanlah hati-hati kami ini ya Allah. 
Gerakkan hati ini untuk mencari redhamu ya Allah.
Amin amin amin

Wednesday, 18 September 2019

Hello, Safety!


















That one place where we first met.
And it was on my birthday.
We began as strangers.
Then we became friends.
Now it’s back to the way we started.
Strangers.

16 November 2014.
Rooftop.
Pier Walk.

Monday, 16 September 2019

Kembali.

Kembalinya lelaki ini,
Setelah lima tahun yang sudah dia pergi.

Perasaan yang ada kini,
Terlalu sukar untuk aku ratapi.

Gembira— yang tidak terkata,
Dan jugak sedih yang tidak terhingga.

Gembiranya aku kerna,
Tidak ku sangka kau akan kembali depan mata,
Mengungatkan aku kembali pada semua kisah lama kita,
Perasaan ini aku rasakan tak pernah terubah,
oleh kerana tak pernahnya bayangan kau dibuang.
Perasaan ini masih sama,
Masih gembira bila terlihatkan lelaki ini di depan mata.

Namun

Segalanya sebenarnya berbeza.

Sedih yang aku rasa,
Keaadaan dahulu dan kini yang langsung tidak sama.

Aku kini sudah berpunya,
Sudah berkeluarga yang lebih tepatnya.

Apakah tuhan sedang mengujiku?
Kenapa tuhan datangkan kamu bila aku sudah tidak perlu?
Kenapa perasaan ini tetap masih segentar dulu?

Kenapa perlu kau muncul kembali.
Tika dan saat ini.

D.

Saturday, 17 December 2016

Jangan pernah lupa.

Mungkin kau terlalu rasa selesa
Sebab kau tahu aku sentiasa ada depan mata

Jangan lupa, sabar aku ada hadnya
Sebelum kenal kau, berdikari itu untuk aku, biasa.

Monday, 22 August 2016

Yang susahnya bila sayang

Semoga Allah kuatkan hati aku
Untuk berhadapan dengan segala macam ujian ini

Semoga kau nampak betapa tinggi sayang aku pada kau
Semoga Allah lembutkan hati kau untuk terima aku

Friday, 8 July 2016

Yang mendatang

Semoga kuatlah aku untuk tidak menyebut sayang secara kerap
Juga harapnya kuat untuk aku tidak mencarimu setiap hari
Moga tabahlah aku melihatmu depan mata tanpa bertegur sapa
Semoga egoku setanding egomu

Sebab seolah itu yang kau mahu

Namun semoga tetap kuat jodoh kita..sebab aku masih perlu kamu

Thursday, 7 July 2016

Kecewa

Langsung senyap tanpa khabar berita
Apa kau memang aku ini sedang kau lupa

Separuh mati aku tahan rindu di sini
Pesanan ringkas dibiar tak berbalas
Apa aku ini cuma teman saat kau tidak punya sesiapa

Kata sayang?
Mana sayangnya?

Kata susah senang sama-sama?
Nampak macam bila kau susah je kau nak bersama

Allahuakbar
Kau jangan duga aku sebegini rupa
Kau tahu betapa sakit aku rasa