Adakah ini perasaan cuma
Atau kau yang tak bersungguh memang
Bukan, aku maksudkan
Aku tahu kau bagaimana
Tapi yang cuma aku tak tahunya
Kenapa perlu aku deny juga
Mungkin sememangnya lumrah manusia
Sentiasa hidup dengan harapan
Daripada orang yang memang beri harapan;
Yang tinggi
Yang terlalu kita mahu
Dan yang bakal makan diri
Aku sepatutnya tahu
Atau tidak
Hari ini bakal tercatat
Sebagai ulangtahun kelahiran
Yang paling merodok jiwa
I should have known