Saturday, 17 December 2016

Jangan pernah lupa.

Mungkin kau terlalu rasa selesa
Sebab kau tahu aku sentiasa ada depan mata

Jangan lupa, sabar aku ada hadnya
Sebelum kenal kau, berdikari itu untuk aku, biasa.

Monday, 22 August 2016

Yang susahnya bila sayang

Semoga Allah kuatkan hati aku
Untuk berhadapan dengan segala macam ujian ini

Semoga kau nampak betapa tinggi sayang aku pada kau
Semoga Allah lembutkan hati kau untuk terima aku

Friday, 8 July 2016

Yang mendatang

Semoga kuatlah aku untuk tidak menyebut sayang secara kerap
Juga harapnya kuat untuk aku tidak mencarimu setiap hari
Moga tabahlah aku melihatmu depan mata tanpa bertegur sapa
Semoga egoku setanding egomu

Sebab seolah itu yang kau mahu

Namun semoga tetap kuat jodoh kita..sebab aku masih perlu kamu

Thursday, 7 July 2016

Kecewa

Langsung senyap tanpa khabar berita
Apa kau memang aku ini sedang kau lupa

Separuh mati aku tahan rindu di sini
Pesanan ringkas dibiar tak berbalas
Apa aku ini cuma teman saat kau tidak punya sesiapa

Kata sayang?
Mana sayangnya?

Kata susah senang sama-sama?
Nampak macam bila kau susah je kau nak bersama

Allahuakbar
Kau jangan duga aku sebegini rupa
Kau tahu betapa sakit aku rasa

Thursday, 28 April 2016

Tentang perasaan seorang teman.

Terkadang aku rasa lebih mudah berkawan dengan seribu orang
Dari menyayangi seseorang

Apa aku bodoh
Untuk ada perasaan lebih dari kawan
Pada manusia yang sememangnya tidak pernah anggap aku lebih dari seorang kawan?

Malangnya,
Ini bukan kali pertama aku jadi sebegini bodoh.

Kabur.

Kita ini apa, langsung tidak jelas.
Mahu dikata kawan, memang berkawan.
Mahu dikata sahabat, rasanya lebih dari bersahabat.
Tapi jika mahu dikata kita bercinta, kita langsung tak pernah meluahkan.

Atau mungkin, aku ini cuma tempat persinggahan?
Yang cuma kadang-kadang sahaja diperlukan?

Wednesday, 10 February 2016

Converse kelabu.

Sakit yang aku rasakan
Saat kau tinggal aku tanpa penjelasan
Tak mampu menandingi sakit yang aku rasa sekarang

Sakit melihat kau masih ambil kisah pasal aku yang masih keseorangan
Walau kau kata ini cara kau tebus kesalahan
Tetap takkan mampu ganti hati aku yang pernah kau hancurkan

Berhentilah dari terus rasa kasihan
Kau akan buat aku lebih sakit jika kau teruskan

Tak perlu kau ulang yang kau tak layak untuk aku
Sedangkan berkali aku ingatkan dulu yang aku terima apa adanya engkau

Kau cuma buat perjalanan hidup kita tidak adil
Pergi tanpa penjelasan
Lepas bertahun kau datang semula untuk menjelaskan

It was just too late
Sebab kau, lagi selangkah untuk ke alam perkahwinan

Aku redha. Percaturan Allah lebih baik dari segala perancangan.
:')

Saturday, 9 January 2016

Bangkok dan dua sahabat lelaki.

Perasaaan ini,
Terlalu kosong.

Dan akhir sekali,
Kau tahu lelaki mana yang lebih kau perlukan.

Monday, 4 January 2016

How does it feel to fall in love with your best friend?

Merujuk kepada soalan di atas,
Aku sendiri tak ada jawapan spesifiknya.
Terlalu banyak jawapannya.
Mixed feelings.

Sahabat yang pernah aku ada,
Yang masih aku ada.
Persahabatan kami memang direstui keluarga.
Keluarga aku khusunya.

Entahlah. Aku senang bila dengan dia.
Tidak lah sampai boleh bercerita semua benda.
Tapi kebanyakannya, cerita pasal kerjaya.
Adakalanya cerita pasal dunia.
Pasal siapa jodoh kita dikemudian harinya.

Keluarga bukan tak pernah tanya tentang status aku dan dia.
Tapi yang mampu aku jawabkan, kawan biasa.
Bukan aku tak pernah ada perasaan pada dia.
Tapi entah. Nak bercinta dengan sahabat baik, kelakar rasanya.

Tapi itulah.
Bila dia pernah bercerita pasal wanita yang diminatinya,
Ada pula cemburu yang aku rasa.

Mana entah silapnya,
Kita masing-masing sibuk hal dunia.
Nak jumpa melepak untuk secawan kopi pun tak ada masa.

Lepas tak pasti berapa lama tak jumpa,
Tuhan jodohkan semula kita bertemu empat mata.
Aku tak pasti kenapa aku rasa berdebar saat kita jumpa.
Yang peliknya, aku seakan mengagumi kau buat kali pertama.
Dan ada bisikan nakal, 'macam mana kalau dia ini jadi suami saya?'

Sampai ke hari ini bisikan itu seakan masih terngiang-ngiang di telinga.
Masih aku tercari-cari jawapan kebarangkaliannya.

Seminggu dari sekarang, kita akan ketemu lagi.
Semoga ada jodohnya kita.
Kalau tak bercinta, maka berkawanlah sampai tua.