Tentang perkahwinan
Yang bukan setakat saat hari diijabkabulkan
Tapi
Untuk seumur hidup
Yang setiap bangun pagi muka ini harus kau hadap
Yang setiap pulang kerja suara ini perlu kau dengar
Yang sampai tua diri ini harus kau terima
Yang sampai mati aku harap tetap sama setia
Yang sampai bila-bila aku harap kita saling mendoa
Jadi
Jangan cuba luah selagi belum sedia
Jangan titip walau sedikit harapan dan gambaran tentang bagaimana ia
Kerana tanggungjawab bukan sekadar untuk dibicara
Tolong bimbing aku sampai syurga
Dan pastikan anak-anak ikut sama
Kehadapan bakal imam,
Semoga sama-sama kita takkan berhenti cari mardhatillah.
Jangan cuba bercinta beria-ia
Selagi kau belum beri hati kau penuh pada Dia
Yang kita tak tahu bila
Yang kita tak tahu di mana
Yang langsung tak teragak siapa
Namun--
Semoga suatu hari nanti
Tuhan temukan kita saat kita sedia
Amin :)