Tuesday, 9 December 2014

Apa khabar.

Jadi lepas tiga minggu kita lalui,
Nampaknya awak cuba menggugat saya kembali.




Wednesday, 3 December 2014

Sepet.

Ramai orang kata
Untungnya saya sebab punya awak yang setia
Padahal saya sendiri tak punya idea
Setia awak itu sejauh mana

Cuma dalam ramai-ramai berkata
Saya tertarik dengan satu suara
"Lelaki berubah cuma kerana dua perkara;
Pertamanya wang ringgit,
Keduanya wanita"

Dimintanya saya untuk buka mata
Supaya nanti saya tak kecewa
Sebab kononnya sekarang saya penyebab yang kedua
Dalam hidup awak yang dibilangnya setia

Entahlah.
Tetap saya tiada idea.
Saya serahkan segalanya pada pencipta rasa.