Tuesday, 9 December 2014

Apa khabar.

Jadi lepas tiga minggu kita lalui,
Nampaknya awak cuba menggugat saya kembali.




Wednesday, 3 December 2014

Sepet.

Ramai orang kata
Untungnya saya sebab punya awak yang setia
Padahal saya sendiri tak punya idea
Setia awak itu sejauh mana

Cuma dalam ramai-ramai berkata
Saya tertarik dengan satu suara
"Lelaki berubah cuma kerana dua perkara;
Pertamanya wang ringgit,
Keduanya wanita"

Dimintanya saya untuk buka mata
Supaya nanti saya tak kecewa
Sebab kononnya sekarang saya penyebab yang kedua
Dalam hidup awak yang dibilangnya setia

Entahlah.
Tetap saya tiada idea.
Saya serahkan segalanya pada pencipta rasa.


Saturday, 29 November 2014

Pencuri panda saya.

Saya baik-baik sahaja kali ini
Tak selemah sebelum ini
Nak kata jadi lebih baik itu tidaklah
Cuma mungkin boleh kata tak seteruk dulu

Sekurang-kurangnya saya dapat balik hidup asal saya
Dan rupa-rupanya saya taklah terlalu goyang bila awak tiada
Sebab sebenarnya bila awak tak ada
Berkawan dengan kawan awak lagi boleh masuk dengan kepala saya

Biarlah bodoh bahalul keluar semua saat bicara
Sekurang-kurangnya orang begitu tak membonekakan saya

Tapi awak tetap tak akan saya lupa
Sebab awak kan pernah jadi kawan baik saya
Cuma entah mana silapnya
Kawan baik yang jadi orang asing akhirnya :')

Wednesday, 19 November 2014

Stuck.

They keep saying that we are very close
They keep talking about us here and there

But the truth is;
Our relationship is going nowhere.
Not even started.

Shame on me.
we should not be friends since the first day we met.
We should stay as a stranger.

Pelepasan Domestik.

Semoga dua minggu yang mendatang ini
Tidak terlalu mengganggu konsentrasi saya

Biar kita selesa dengan di mana tempat kita

Saya patut tahu mana tempat saya
Dan semoganya tempat awak langsung tiada dalam hidup saya

Sunday, 16 November 2014

Seksa jiwa.

Tinggi menggunung ego awak
Benar-bena mencabar sabar saya

Sekejap dilayannya saya baik
Sekejap lagi dilayannya macam orang asing

Apa lagi yang awak mahu tunjuk pada saya?
Apa lagi yang awak mahu saya tertanya-tanya?


Mungkin saya sedang menunggu satu saat
Yang mana saya ambil keputusan untuk putus asa

Friday, 14 November 2014

Friday and you.

Sedangkan duduk bersebelah pun tak bercakap
Apatah lagi nak berteguran saat selisih bahu

Aku tahu kau nampak aku
Cuma aku tak tahu kenapa kau seolah cuba menjauh

Can you just tell me what is wrong with us
Instead of running away from me?

We need to talk, baby.

Tuesday, 11 November 2014

Egoism

As per expected

You would find me when you were in need
You would call me when you had no one here

If you have your ego
So does me


Thursday, 6 November 2014

Wander Cafe

Sahabat dan kopi
Penghibur lara hati

Moga tuhan balas jasa baik mereka nanti

Monday, 3 November 2014

Lakonan

Ada masanya
Aku rasa aku terlalu gigih dengarkan pembohongan dia
Terlalu terpaksa lihatkan kelakuan palsu dia

Sedangkan
Kebenarannya sudah aku khatamkan terlebih dahulu

Thursday, 30 October 2014

7 hari

Sejak bila pula time drive tak boleh jawab telefon?
Sejak bila susah sangat nak balas mesej yang setakat dua tiga?
Sejak bila payah sangat nak kirim khabar berita?

Baru genap seminggu sahaja
Tapi lain betul jadinya

Mungkin saya dah boleh fikir mana nak sorok muka
Mungkin saya dah boleh fikir mana nak pendam rasa
Mungkin saya dah boleh fikir mana nak tampal luka

Semua sebab saya rasa saya dan awak tak akan ke mana
Kan saya kata dah boleh agak lama
Cuma degil taknak dengar kata hati saya


Ludah

Tipulah kalau saya kata tak rindu.
Tapi kalau rindu pun, bukan awak ambil tahu.

Saya tak pasti bila kali terakhir saya lalui situasi begini
Mungkin empat atau lima tahun lepas

Saat itu saya percaya saya tak akan ulang silap saya
Tapi malangnya hari ini seolah saya jilat ludah semula

Sunday, 26 October 2014

14 hari.

Jadi memang selama ini awak cuma uji saya?
Siapa yang mulanya tuduh saya; baru satu hari dah cuba melupa?
Hari ini hari ketiga; hari kedua awak lalui tanpa beri satu pun berita.

Masih berbaki sebelas hari untuk kita.
Jadi kita lihat sahaja percaturan ini sejauh mana.


Tuesday, 21 October 2014

Sama.

Akhirnya saya rasa awak berjaya menbuktikan pada saya
Yang bahawasanya--
You're just like the others

Ekapektasi saya memang tak terlalu tinggi
Jadi bila jatuh terduduk tak lah terlalu sakit nanti

Friday, 17 October 2014

Hujan dan dia.

Hujan lebat
Rumah depan mata
Tapi aku masih dalam kereta

Apa lagi benda lain boleh buat selain berangan?

Tentang kita
Yang aku rasa mungkin terlalu jauh sesatnya
Yang sebenarnya kita boleh agak ia tak ke mana
Yang sebenarnya memang nampak cuma suka-suka

Tapi itulah
Kenapa tak berhenti sebelum makin gila
Kenapa tak lari selagi tak diduga
Kenapa tak dijauhi kalau tak nak terluka

Itulah perangai aku yang aku sendiri tak suka

Adakalanya terlalu terdesak untuk ada kawan depan mata
Padahal bila tutup mata, banyak saja kawan lain menjelma sebenarnya.


Friday, 10 October 2014

Bayangan

Dalam dunia ni--
Memang ada ke situasi;

Kali pertama kita jumpa lelaki--
Kita terus bayangkan yang dia akan jadi suami yang baik,
Kita bayangkan kita yang jahat ini pun akan terbimbing jadi baik.

Ke, pengaruh drama semata?

Thursday, 2 October 2014

Lelaki

Lelaki akan tetap jadi lelaki
Tetap ada sisi pengabaian mereka

Lelaki akan tetap jadi lelaki
Ada masa perasaan wanita hanya sekadar boneka

Lelaki akan tetap jadi lelaki
Tetap sampai bila-bila

Monday, 29 September 2014

Antara dua.

Antara kita
Andai kedua-duanya pilih untuk lemas di tengah lautan
Mungkin tak akan ada siapa yang tolong selamatkan

Antara awak dan saya
Percayalah yang salah satunya perlu jadi penyelamat
Saat yang satu lagi sedang hanyut dipukul ombak

Kalau bukan awak,
Siapa lagi kalau bukan saya?

Saturday, 27 September 2014

D

Saya sentiasa rindu awak punya rasa malu
Sebab saya tak mahu kemanisan ini terlalu cepat berlalu



Thursday, 25 September 2014

Kabur

Antara kita
Tiada siapa pun tahu sejauh mana permainan ini pergi
Apatah lagi bagai mana dia akan terjadi

Jadi
Mari kita lihat apa akan jadi

Wednesday, 24 September 2014

When I was alone, and then I found you.

Sepuluh lima puluh empat minit malam
Airport Sports Complex

G-shock biru
Kasut Fleet kuning

Saturday, 20 September 2014

Tali

Tiada apa yang boleh saya banggakan
Selain dari satu tali yang mengikat saya dengan mereka

Yang saya panggil tali persahabatan


Semesta.

Hadiahkan aku satu daripada berjuta para imam mu
Moga hadirnya nanti bisa lengkapkan aku
Minta dia pimpin aku menyusur redhamu
Moga nanti aku tak tersasar jauh

Friday, 19 September 2014

Rooftop.

Bahawasanya takkan pernah kau tahu
Aku tertanya setiap ketiadaanmu
Kecewa aku takkan mampu kau hidu

Walau kelihatan aku tenang senyum menongkat dagu
Walhal dalam hati menjerit kuat sebatu tuhan saja tahu

Sebab harapan aku terlalu di luar jangkaan aku
Percayalah, langsung tak terjangka oleh kamu

Sunday, 14 September 2014

It is all about you.

Kalau dah nama ada hati pada seseorang,
Sekecil-kecil perkara yang dia lakukan pun
Biasanya akan kita fikirkan dan cuma kisahkan dalam hati

Sebab sekecil-kecil perkara itu
Ada sesetengahnya sudah cukup bermakna buat kita

Thursday, 11 September 2014

Hadiah dari tuhan

Saat saya terlalu mengharap
Tidak pula ada rezekinya

Saat saya langsung tak minta
Tuhan hadiahkan depan mata

Benar, kan?
Tuhan beri apa yang kita perlu,
Bukannya apa yang kita mahu.

Allahu
Menggigil seluruh badan saya

Thursday, 4 September 2014

The reason why.

There are some people in life that we just can't accept their style.

Their mind setting
Their speaking
Their behavior
Their attitude
Their working style

Sometimes we don't have the reason



But we just can't

I just can't

Paku.

Biar dilihat dari jauh sekalipun
Asal kita nampak dia ada depan mata

Biar tak bercakap walau sepatah pun
Asal kita tahu dia masih ingat kita


Wednesday, 3 September 2014

Pilihan saya

Bila ada yang cuba menyanyi untuk saya;
Terima kasih, bukan saya tak suka.
Cumanya jenis saya;
Kurang gemar alunan suara semata-mata.


Sebab hakikat saya;
Mendengar dan melihat lelaki dengan petikan gitarnya
Biarpun suara tak kemana
Tapi dia tetap lebih indah dari segala perkara

Dari dahulu saya tak pernah tak suka
:)


Wednesday, 20 August 2014

A simple Hi.

I really have no idea
Why am i thinking of you at the first place



Tuesday, 19 August 2014

Saya tahu tak mudah

Lima tahun yang sekejap-sekejap
Sekejap ada dan sekejap hilang

Mungkin jarak memang bukan untuk kita
Mungkin perasaan suka cuma bila depan mata

Tapi cuma satu
Selapas lima tahun
Ini kali pertama rasanya
Saya terpegun tak terkata bila jumpa

Sebab sebab dari muka, perbuatan hingga kata-kata
Ianya seolah-olah milik bidadara


Indah sungguh ciptaan Dia
:)

Tuesday, 12 August 2014

Kalaulah awak tahu...

Tak akan sekali pun dalam otak kita
Akan terfikir tentang manusia lain yang menderita atas kebahagian kita
Mungkin pernah
Cumanya tak diketahui siapa dan bagaimana

Bagaimana kami kenal
Bagaimana kami berkawan
Bagaimana kami berlebih dari sekadar kawan
Dan bagaimana akhirnya saya ditinggalkan

Saya pasti yang awak langsung tak tahu

Ada masa saya hairan apa kurangnya saya
Apa hati saya cuma mainan
Apa cinta saya hanya lelongan

Apa lebihnya awak daripada saya?
Kecantikan luaran?
Apa memang lelaki cuma pandang luaran?
Apa pentingnya kecantikan lebih dari keikhlasan?

Dan saya masih tak jumpa jawapan

Dan setiap kali saya lihat awak dan dia kongsi senyuman
Percayalah; saya seakan dihujani kegelapan

Kalaulah awak tahu yang kekasih awak sekarang itu punya sahabat yang dijadikan barang permainan
Saya pasti awak faham sebab awak juga perempuan

Monday, 4 August 2014

Desperado

Sampai suatu masa
Aku rasa terdesak
Dan cuma tuhan tahu
Apa mahuku

Wednesday, 30 July 2014

Sweet talker

Tak tahu lah pula aku
Kalau kau cuba main tarik tali

Tapi yang aku tahu
Aku tak akan jatuh untuk kedua kali

Sudah-sudahlah
Tak perlu terlalu manis lagi

Terlambat dan tak akan pernah dapat

Wednesday, 16 July 2014

Hozil

Entah setiap mana saya pergi
Ada sahaja lelaki seiras awak

Kerja di tempat baru pun
Rakan berbangsa Jepun seiras awak

Yang lagi parah
Tengok Mesut Ozil pun dah serupa awak

Tapi itu lah
Awak yang dah tak macam awak



Monday, 30 June 2014

Konstruk.

Ada masa mood dia baik, baik lah dia.
Ada masa mood dia swing, tengok muka pun menyampah.

Kalau diikutkan, dia orang atasan.
Tapi selalunya, dia jadi kawan.


Biasa tengok majikan kena kutuk depan-depan?
Biasa tengok pekerja mengular dengan kebenaran?
Biasa tengok majikan subahat suruh cuti tanpa kebenaran?
Biasa tengok pekerja buli majikan?

Tak tahulah mana nak korek lagi orang macam dia.

Nanti bila aku tak ada,
moga dia tak mengeluh kena urus sendiri semua.
Nanti bila aku tak ada,
moga jangan terus tak tahu nak buat kerja.

Thank you for these two years!

You tak boleh tipu I.
I know that deep inside your heart, you feel lost kan? Hehh.
It's just your ego that deny.

You hensem,
You baik,
Tapi sayangnya, you poyo.
Kikiki.

Till we meet again Razi :)




Sunday, 22 June 2014

The fabulicious girl.

Satu perasaan--
Yang bila kau terlalu mahu tolong
Namun tiada satu pun yang kau mampu
Maka, doalah.

I may not know how to approach her
Tapi tetap ku titipkan doa dari jauh
Minta tuhan kuatkan adik ini
Minta tuhan tabahkan adik ini



Abang awak cerita tentang awak pada kakak.
Yang mana suatu masa dulu kakak juga pernah hadapi sama macam awak.
Cumanya kondisi awak mungkinnya lebih berat.

Jadi kakak minta satu perkara untuk awak buat.
Awak cuma perlu jadi kuat.
Sedikit pun cukuplah sayang.
Asalkan awak mencuba.

Time heals, baby.

Monday, 16 June 2014

Kelabu biru.

Saat kemeja-t kita tersarung dibadanku
saat lagu John Legend terpasang di telefon pintarku
ku rasa indah
terlalu indah untukku

Sepertinya aku kembali ke masa lalu

Jam empat pagi waktu sedang memandu
dan lagu John Legend berkumandang tika itu
bagai mendodoi engkau yang baru lena disebelahku

sunyi malam
muzik
cinta

Sempurna
Momen itu cukup sempurna bagiku


Sunday, 15 June 2014

Kelat

Saat terakhir kali duduk sebelah
Saat jemari digenggam kuat
Saat dibilang ingatanmu takkan lenyap

Saat realiti dipisah jarak
Saat hubungan dilanda ombak
Saat kau cuba menyelamat

Aku tertanya sama ada kau masih ingat


Friday, 13 June 2014

Deeper Conversation.

I'm not asking for an expensive lunch treat.
Not even a candle light dinner date.
All I need is just your time,
so we can sit together,
and having a cup of coffee.

That would be enough for me, I promise.
As I'm counting the days,
I just want to spend the little time,
With the person I adore for years.


Saturday, 31 May 2014

Kaepi.

Semoga kejauhan yang bakal tiba ini
Buat kita lebih dekat nanti

Sedikit pun tak pernah aku bayang
Untuk kewujudan kau hilang

Friday, 30 May 2014

Lagu tema: Cromok - Another you.

Nampaknya memang perkahwinan sahaja yang akhirnya selesaikan masalah kita
Biarpun bukan perkahwinan kita
Namun perkahwinan itu; perkahwinan kau dengan dia

Saat sahnya kau jadi suami kepada sang isteri,
Berdosa jika aku terus mencintai.

Kali ini aku janji aku pergi
Tapi izinkan aku pikul sekali segala memori
Mana tahu kalau-kalau rindu
Sekurang-kurangnya ada juga khazanah itu

Semoga perjalanan kita lebih indah selepas ini
Terima kasih untuk sepuluh tahun ini
Moga mama abah tak sebut nama kau lagi
Sudah masanya untuk aku yakin dengan pilihan hati

Selamat ulang tahun ke 26.
Tulisan ini, hadiah hari jadi.

:)

Sunday, 25 May 2014

W.

"Tak perlu muka sama kalau ada jodoh
Mantapkan hati dan terima"

Win mama, win. I'm gonna try.

Sunday, 18 May 2014

To stay or not to stay.

I don't know what is so special about this place. But knowing that I am going to leave this place soon, has really makes me feel saddened. Nak kata aku ada ramai kawan kat sini, tak juga. Kalau kira guna jari tu, tak cukup sepuluh pun. maybe it is because of these two years of my ups and downs that I am going through dekat sini. The place that shows me who really matters in my life and who were not. Distance don't really matters, tapi kepercayaan; yes. Orang yang dekat pun adakalanya takkan terima kita. Macam orang cakap, it takes a year to built a trust but only a second to break it. Sama lah macam kat sini. Bukan main payah aku nak adapt dengan tempat ni. Having no one that I knew, even sampai sekarang when I have to stay here on weekends, seriously tak tahu apa nak buat, or dengan siapa nak keluar. End up, I would stay all day kat rumah, or lepak dengan kawan2 BBG, biarlah jauh pun.

But seriously, I love one thing about this place; peacefulness. Came here with the ninja style, rent a room with the strangers (end up being a sisters), pagi pergi kerja, petang balik kerja you dont have to think about others. All you need to do was to think about yourself. Sebab memang hidup membujang kat sini was really "lantak kau lah nak buat apa" and I love it. Aku nak pergi mana ke, balik pukul berapa ke, takde masalah, as long as aku sendiri tau limit aku. Sebab tu bila mingle around with BBGs, aku speechles. Almost every time. Tak tahu kenapa rasa selamat walau kadang2 buat kerja jahat. Hahaha. No, not kind of mencuri or membunuh lah kan. I love it when I got a text "Syam, mane? Jom lepak". Biasanya, wawie dengan masam je lah yg perangai macam ni. That is why I am very close with these two guys. Aku kat kl ke, kat sepang ke, melaka ke, penang ke, diorang ni jugak lah yang ada dengan aku.

Sepang kan center point, nak balik johor dekat, nak pegi kl pun dekat. Satu benda je aku tak suka pasal sepang ni; you only have giant and tesco to go. Takde tempat seronok sikit lebih dari dua tempat ni. Kena pergi alamanda or seremban baru seronok sikit. Harap2, lepas aku tinggalkan tempat ni, and bila aku datang balik nanti, dah majulah sikit. Walaupun sekarang dah cukup maju sbb boleh shopping kat klia2 -- which is boring sbb aku involve dengan projek tu. Well, manusia sentiasa tak bersyukur. Hihi.

To be honest, aku tak ready lagi nak move on dari sini. Masih mencari kerja area sini selagi terdaya. Dan tak ready lagi untuk settle down kat johor; sebab sayang nak tinggal kawan2 BBG. Hehh. Kbai.

Thursday, 15 May 2014

Mimpi















Ada masanya
Bahasa terindah pun tak mampu mengolah rasa dalam hati

Jadi
Bagaimana untuk aku luah lagi?

Biarlah tersenyum sendiri
Biar ku bayangkan pelangi
Sebab aku belum puas diulit mimpi

:)

Sunday, 11 May 2014

10 years and still counting.

Dear KP,

This is me, writing on behalf of a girl named S. I would like to tell you something about this girl. She have a crush on you. Back in 2004 where both of you were in Form 4; if you could remember, she was the girl you texted in the school break. This girl adore you since you were nobody, not yet become our KP. As day passed by, you guys were in form 5 where you were too busy with those school matters while this girl were busy with those hostel matters as she was one of the hostel committee. SPM ended and you guys were lost contact. After several years, you guys met in an unplanned-small-reunion at PD and then separately went to Malacca. Stayed in one of our friends' family home, you guys went to Eyes of Malacca at night and Pantai Puteri in the next day. I swear it was a great moment since it was the first time you guys were reunite and do all that makan-makan and BBQ thingy. Since then, you guys and the other six friends created a group called BBG. Up until this day, you have no idea how glad she is to have a gang like BBG. Or to be specific, how glad she is to be in the group with you! Eh, I got no idea why I merepek so much. Will continue later since its already 2:20am. Itu pun kalau I rajin. You know me well, kan. Haha.

Yours sincerely,
Exco Multimedia Aspuri Haluan Kiri

Saturday, 10 May 2014

All of me

Batu Feringghi dan John Legend
Cukup buat aku ingat banyak perkara


Yang salah satunya;
Jatuh cinta kali ke lapan puluh juta pada dia

Monday, 10 March 2014

Sepuluh Batu

Ada saatnya aku malu terkebelakang
Termangu kaku fikir setiap perilakumu
Padahal kau terlalu tenang depan si batu ini
Kau teruskan hidup macam menyusur indahnya pelangi

Terlalu jauh aku ditinggalkan
Sepuluh batu kau terkehadapan
Yang jasadnya tak mampu aku kejarkan
Yang namanya tak mampu aku teriakkan
Dan yang cuma aku mampu, hidup dengan bayangan

Moga bisa ku lupakan segala tentangnya
Andai antara kami memang takkan bisa bersatu
Moga yang di atas sana kuatkan aku
Moga Dia perkenan permintaanku

Monday, 3 March 2014

Karma

Sama ada ini dendam
Atau sekadar sisa kenangan

Saat wajahmu berlegar sekeliling alam
Gelak syaitan seakan iringi perjalanan

Gigih aku tahankan hujan mata
Segigih aku pekakkan telinga dek apa orang kata

Moga suatu hari kau rasa apa ku rasa
Kerna kau tak jujur dalam bercinta

Friday, 28 February 2014

Lelaki dan sebuah gitar.

Lelaki dan sebuah gitar

Mudahnya dia mempesonakan aku
Lajunya dia menarik minatku
Seolah dia tahu aku dan minatku

Moga kau tak terlalu manis
Risau aku yang nanti terlalu puitis

Mohon kamu jangan terlalu indah
Aku goyah, makin kelu lidah

To the perfect guy
With the perfect voice
Who is singing the perfect song;

--Thank you for this incredible feeling

Words can't really describe, I swear.

Satu persatu.

Satu persatu tentang kamu;
Kau perlihatkan depan aku

Satu persatu tentang kamu;
Buat aku kagumi kamu

Satu persatu tentang kamu;
Penuhi ciri mahuku

Dan setiap satu persatu yang ada pada kamu;
Tidak sedikit pun aku ragu

Thursday, 27 February 2014

Salah.

Rupa-rupanya selama ini kau tak lupakan aku
Rupa-rupanya selama ini kau masih teringatkan aku

Lelaki tak guna
Syaitan bertopeng manusia

Selagi belum sujudkan dahimu
Jangan cuba cari aku

Tuesday, 11 February 2014

Hadiah hari lahir.

Converse kelabu;

Pengikat kasih pertama aku dan dia
Pengukir senyum dan tawa aku dan dia
Penggoyah iman setiap kali memandangnya

Converse kelabu;
Pelakar kisah hitam bagaimana dia khianati aku

Converse kelabu;
Bawa dia jauh dari aku
Temani dia bertemu gadis yang baru

Moga terus berbakti pada tuanmu, Converse kelabu.
Walau aku disakiti
Walau tuanmu mengkhianati

Empunya Savvy Biru

Untuk hari yang keberapa entah tak mampu aku kira
Ini entah kali keberapa aku terpesona

Belum aku jumpa lelaki sesempurna kamu
Yang menyempurna setiap inci ciri idamanku
Walau ada celanya kamu di mata mereka itu
Tapi sempurnanya cukup pada mata aku

Terterbit cinta dalam bersahabat
Simpankan dalam hati agar senyap tersemat

Moga tuhan temukan yang terbaik untukmu
Dan moga tuhan hadiahkan aku pembimbing sesempurna kamu

Selamat ulang tahun kelahiran ke-26
Mengikut kalendar masihi
Di tahun 2014
Bertarikh 7 Febuari

Monday, 3 February 2014

Puas

Saat tulang aku dibanting separuh mati
Saat ayah ibu sendiri tak sempat dihubungi
Rupanya terlebih dahulu insan lain labelkan aku ini pentingkan diri

Aku tak akan sentiasa dapat penuhi kemahuan sesiapa pun
Tidak sama sekali.

Bohong jika tak terasa
Tapi aku terima tohmahannya
Aku dengarkan saja tuduhannya


Asalkan puas hatinya