Kalau aku ini pentingkan diri,
semua kebenaran akan aku pamer.
Namun kerana simpati ini masih wujud,
aku sorokkan saja kebenaran itu.
Aku tahu, ada manusia yang buta terhadap aku.
Tetapi orang buta tidak bodoh, kan?
Jadi, aku harap mereka boleh fikir dalam-dalam.
Semoga simpati aku ini boleh sampai hari nanti.
Jika tidak, mungkin hati kau itu bakal rabak.
Serabak hati aku ini.
Sekali lagi aku ulang.
Kalau aku ini pentingkan diri,
semua kebenaran yang aku tahu, akan aku pamer.
Jangan kau cabar aku sampai aku jadi begitu.