Sunday, 14 July 2013

Kosong.

Sebenarnya hilang punca
Bila yang dulu terlalu kita damba
Kini yang tinggal cuma rasa biasa

Moga tuhan tolong tetapkan hati
Kalau benar ada baiknya nanti

Sebab tak mampu lagi untuk fikir sendiri

Tuesday, 9 July 2013

Belum tentu apa yang kita suka
Boleh orang lain terima

Belum tentu apa yang depan mata
Jadi yang terbaik untuk kita

Bilamana manusia tahu siapa Sang Pencipta
Tentu pada Dia manusia rujuk semula
Biar Dia kongsikan petunjukNya sama kita

Wednesday, 3 July 2013

Tentang bagaimana.

Mungkin aku patut faham
Jika awalnya pun sudah dikhabarkan begitu
Maka begitulah

Friday, 28 June 2013

Terima kasih untuk matahari terbenam.

Dari hari pertama
Sampai waktu ini

Saya cuma ada dua perkara mahu kata
Satunya; maaf
Duanya; terima kasih

Maaf;
Untuk segala kesusahan dan bebanan
Terima kasih;
Untuk semua pertolongan dan persahabatan

Terima kasih untuk hari ini
Seratus juta kali terima kasih pun
Masih belum saya mampu balas budi

Semoga sama ikhlas untuk terus jadi kawan
Dan semoga takkan serik untuk jadi kawan

Bagan Lalang
28 Jun 2013
7.00pm

Wednesday, 26 June 2013

Definisi cantik di mata kamu.

Bila ditanya tentang kecantikan
Yang paling aku inginkan
Ianya kecantikan dari dalam
Yang belum tentu mudah didapati

Yang paling aku mahu
Cuma tiga dalam hidup

Cuma tiga;

Ketabahan
Keberanian
Kehormatan

Simpan.

Ada sebabnya
Kenapa seseorang itu tidak percaya apa depan matanya kini
Ada sebabnya
Kenapa seseorang itu percaya apa yang dipegangnya kini
Ada sebabnya
Kenapa seseorang itu jadi apa adanya dia hari ini

Tentang segala apa yang pernah jadi
Tentang segala apa yang pernah dia hadapi

Kisah silam
Pengalaman hidup
Yang dia simpan sampai saat ini

Dan yang kita takkan pernah tahu
Tentang apa yang ada dalam hati

Tanpa kita tahu.

Bila masalah datang jadi tetamu
Bukanlah pertolongan orang yang kita mahu
Cukup bila ada yang sudi pinjamkan telinga tadahkan bahu
Untuk sama dengar sama rasa sama tahu

Tuesday, 25 June 2013

Yang patut sudah lama tahu.

Kadang-kadang itu ada juga terasa benarnya orang kata
Kalau dah nama lelaki maka mereka semua sama
Kalau ada lainnya pun cuma pada sesetengah tempatnya

Sampai bila pun takkan ada yang sempurna
Dan aku kena terima hakikat yang memang itu sifirnya

Monday, 24 June 2013

Ada benarnya.

The minute people fall in love,
they become liars.

Monday, 3 June 2013

Yang pertama.

Tentang tempoh masa
Tentang peliknya dengan manusia asing kali pertama
Tentang bagaimana tanpa bicara pun masih rasa bahagia

Tentang senyuman dia


Raub
2 Jun 2013