Belum tentu apa yang kita suka
Boleh orang lain terima
Belum tentu apa yang depan mata
Jadi yang terbaik untuk kita
Bilamana manusia tahu siapa Sang Pencipta
Tentu pada Dia manusia rujuk semula
Biar Dia kongsikan petunjukNya sama kita
Bila ditanya tentang kecantikan
Yang paling aku inginkan
Ianya kecantikan dari dalam
Yang belum tentu mudah didapati
Yang paling aku mahu
Cuma tiga dalam hidup
Cuma tiga;
Ketabahan
Keberanian
Kehormatan
Ada sebabnya
Kenapa seseorang itu tidak percaya apa depan matanya kini
Ada sebabnya
Kenapa seseorang itu percaya apa yang dipegangnya kini
Ada sebabnya
Kenapa seseorang itu jadi apa adanya dia hari ini
Tentang segala apa yang pernah jadi
Tentang segala apa yang pernah dia hadapi
Kisah silam
Pengalaman hidup
Yang dia simpan sampai saat ini
Dan yang kita takkan pernah tahu
Tentang apa yang ada dalam hati
Bila masalah datang jadi tetamu
Bukanlah pertolongan orang yang kita mahu
Cukup bila ada yang sudi pinjamkan telinga tadahkan bahu
Untuk sama dengar sama rasa sama tahu
Kadang-kadang itu ada juga terasa benarnya orang kata
Kalau dah nama lelaki maka mereka semua sama
Kalau ada lainnya pun cuma pada sesetengah tempatnya
Sampai bila pun takkan ada yang sempurna
Dan aku kena terima hakikat yang memang itu sifirnya