Wednesday, 26 June 2013

Tanpa kita tahu.

Bila masalah datang jadi tetamu
Bukanlah pertolongan orang yang kita mahu
Cukup bila ada yang sudi pinjamkan telinga tadahkan bahu
Untuk sama dengar sama rasa sama tahu

Tuesday, 25 June 2013

Yang patut sudah lama tahu.

Kadang-kadang itu ada juga terasa benarnya orang kata
Kalau dah nama lelaki maka mereka semua sama
Kalau ada lainnya pun cuma pada sesetengah tempatnya

Sampai bila pun takkan ada yang sempurna
Dan aku kena terima hakikat yang memang itu sifirnya

Monday, 24 June 2013

Ada benarnya.

The minute people fall in love,
they become liars.

Monday, 3 June 2013

Yang pertama.

Tentang tempoh masa
Tentang peliknya dengan manusia asing kali pertama
Tentang bagaimana tanpa bicara pun masih rasa bahagia

Tentang senyuman dia


Raub
2 Jun 2013

Saturday, 23 March 2013

Tentang jodoh.

Betul apa yang orang bilang,
kalau dah jodoh, pasti tak ke mana.

Tapi kalau dah memang tiada jodoh,
lagilah memang tak akan ke mana-mana.

Lagi-lagi kalau tak tahu nak move on.
Buang masa.

Tuesday, 26 February 2013

Mudah.

Bila saat lelaki bilang "aku taknak bagi harapan sangat"
secara automatiknya perempuan sudah pun megharap.

Sunday, 10 February 2013

Buta jangan jadi bodoh.

Kalau aku ini pentingkan diri,
semua kebenaran akan aku pamer.
 
Namun kerana simpati ini masih wujud,
aku sorokkan saja kebenaran itu.
 
Aku tahu, ada manusia yang buta terhadap aku.
Tetapi orang buta tidak bodoh, kan?
Jadi, aku harap mereka boleh fikir dalam-dalam.
 
Semoga simpati aku ini boleh sampai hari nanti.
Jika tidak, mungkin hati kau itu bakal rabak.
Serabak hati aku ini.
 
Sekali lagi aku ulang.
Kalau aku ini pentingkan diri,
semua kebenaran yang aku tahu, akan aku pamer.
 
Jangan kau cabar aku sampai aku jadi begitu.

Thursday, 31 January 2013

Lari.

menanti pada yang pasti takkan aku dapat
tunggu sehingga ke penghujung hari pun
belum tentu akan ada datangnya

bukan tak pernah aku pujuk hati
terlebih aku bagitahu anggapkan saja mati

sepertimana ia tak diminta
sepertinya juga kita takkan mampu paksa

mohon pergi jauh
agar tak ternampakkan aku yang telah lama rapuh

Sunday, 16 December 2012

Orang cakap.

Akan sampai satu saat
Yang mana kita tidak akan tahu tentang apa puncanya
Bila perasaan yang tersisa itu tidak dapat aku gambarkan

Ada masa aku benci pada apa yang dalam hati
Sebab aku benci bila mula ada yang berkata dan perhati
Mungkin benar juga apa yang diagak seorang kenalan satu masa dulu
Tentang apa yang dia lihat pada aku

Sekarang semungkinnya perlu aku tahu
Tentang mana pergi hala tuju aku
Tentang apa yang aku mahu

Saturday, 17 November 2012

Istanbul Aku Datang

"Bila dua hidup dah sebati
tak semudah tu untuk dileraikan
tapi kalau benda tu memudaratkan
sakitnya kita kena tanggung juga"