Saturday, 23 March 2013

Tentang jodoh.

Betul apa yang orang bilang,
kalau dah jodoh, pasti tak ke mana.

Tapi kalau dah memang tiada jodoh,
lagilah memang tak akan ke mana-mana.

Lagi-lagi kalau tak tahu nak move on.
Buang masa.

Tuesday, 26 February 2013

Mudah.

Bila saat lelaki bilang "aku taknak bagi harapan sangat"
secara automatiknya perempuan sudah pun megharap.

Sunday, 10 February 2013

Buta jangan jadi bodoh.

Kalau aku ini pentingkan diri,
semua kebenaran akan aku pamer.
 
Namun kerana simpati ini masih wujud,
aku sorokkan saja kebenaran itu.
 
Aku tahu, ada manusia yang buta terhadap aku.
Tetapi orang buta tidak bodoh, kan?
Jadi, aku harap mereka boleh fikir dalam-dalam.
 
Semoga simpati aku ini boleh sampai hari nanti.
Jika tidak, mungkin hati kau itu bakal rabak.
Serabak hati aku ini.
 
Sekali lagi aku ulang.
Kalau aku ini pentingkan diri,
semua kebenaran yang aku tahu, akan aku pamer.
 
Jangan kau cabar aku sampai aku jadi begitu.

Thursday, 31 January 2013

Lari.

menanti pada yang pasti takkan aku dapat
tunggu sehingga ke penghujung hari pun
belum tentu akan ada datangnya

bukan tak pernah aku pujuk hati
terlebih aku bagitahu anggapkan saja mati

sepertimana ia tak diminta
sepertinya juga kita takkan mampu paksa

mohon pergi jauh
agar tak ternampakkan aku yang telah lama rapuh

Sunday, 16 December 2012

Orang cakap.

Akan sampai satu saat
Yang mana kita tidak akan tahu tentang apa puncanya
Bila perasaan yang tersisa itu tidak dapat aku gambarkan

Ada masa aku benci pada apa yang dalam hati
Sebab aku benci bila mula ada yang berkata dan perhati
Mungkin benar juga apa yang diagak seorang kenalan satu masa dulu
Tentang apa yang dia lihat pada aku

Sekarang semungkinnya perlu aku tahu
Tentang mana pergi hala tuju aku
Tentang apa yang aku mahu

Saturday, 17 November 2012

Istanbul Aku Datang

"Bila dua hidup dah sebati
tak semudah tu untuk dileraikan
tapi kalau benda tu memudaratkan
sakitnya kita kena tanggung juga"

Friday, 9 September 2011

KehadapanMu.

Adakalanya manusia seperti kita ini terlalu bermegah dengan apa adanya kita,
sedangkan jika mahu dibandingkan,
tersangatlah rendahnya tempat kita.

Mari buka mata luas-luas, teman.
Lihat mana letaknya kita.

Setinggi mana pun darjat kita dari mereka-mereka,
kita masih tetap paling rendah jika dibandingkan dengan Dia.

Tuhan, dekatkan hati aku denganMu.
Tuhan, hilangkan jurang diriku denganMu.
Tuhan, mohon pelihara aku bawah lindunganMu.

Amin.

Monday, 4 July 2011

And now, I miss (the old) you.

I miss the moment when we're talking on the phone for almost every night,
share the good and the bad things together,
blaming each other,
laughing like there is no tomorrow,
and end up the conversation by wishing for our happiness.
How I miss all those little things.

We already have a different path right now,
yet I believe that you're still the same.

I've been waiting so long for a moment like this.
You just came in the right time. Enough said.

Dear best friend, thank you so much.

Tuesday, 14 June 2011

Note to self.

Dear self,
you have to be thankful to everyone who supports you.
Awak tak boleh nak mengeluh dengan sesuatu yang awak tak suka.
Cuba awak buka mata luas-luas sekarang.
Tengok, apa yang bagi jalan untuk awak sekarang?
Benda awak tak suka, bukan?
So, please be thankful untuk segala rezeki yang awak dapat.

Allah knows best. :)

Tuesday, 7 June 2011