Pada kita, kita rasa kita ini kawan baik
Padahal orang tengok kita dah macam pasangan bercinta
Kalau keluar, kita rasa kita lepak dengan member
Padahal orang nampak kita dating berdua
Penafian, atau sengaja menafikan.
Aku, memang ada tertaruh perasaan.
Tapi, terpaksa menafikan.
Memanglah, sebab kau mana pernah bagi harapan.
Dan aku, sumpah tak mahu rasa dikecewakan.
Tapi kau, entah apa kau rasa, apa kau simpan.
Kalau sedikit pun tak ada perasaan,
Janganlah hadiahkan aku begitu baik layanan.
Kau kata kau suka tengok hindustan?
Tak tahu ke kuch kuch hota hai punya pengajaran,
Yang lelaki dan perempuan tak akan mampu jadi hanya kawan.