Nampaknya memang perkahwinan sahaja yang akhirnya selesaikan masalah kita
Biarpun bukan perkahwinan kita
Namun perkahwinan itu; perkahwinan kau dengan dia
Saat sahnya kau jadi suami kepada sang isteri,
Berdosa jika aku terus mencintai.
Kali ini aku janji aku pergi
Tapi izinkan aku pikul sekali segala memori
Mana tahu kalau-kalau rindu
Sekurang-kurangnya ada juga khazanah itu
Semoga perjalanan kita lebih indah selepas ini
Terima kasih untuk sepuluh tahun ini
Moga mama abah tak sebut nama kau lagi
Sudah masanya untuk aku yakin dengan pilihan hati
Selamat ulang tahun ke 26.
Tulisan ini, hadiah hari jadi.
:)