aku perempuan
yang waktu dulu pernah kau kongsi segala
yang waktu ini masih harap dapat kongsi semua
aku perempuan
yang hingga waktu ini masih mencari-cari
manusia sepertimu yang mempunyai ketulusan hati
aku perempuan
yang mungkinnya tidak punya apa
tapi punya rasa yang sudah lama tak terbaja
aku perempuan
yang terasa diri ini bagai selalu goyah
kerana melupakanmu itu sesuatu yang terlalu payah
aku perempuan
yan pernah dahulu kau berikan harapan
yang hingga kini masih elok tersimpan
aku perempuan
yang walau tidak dibalas rasanya, dan walau perit terasa,
namun tetap mahu lihat kau bahagia
Selamat 23, L.
Yang ke-7. Sepatutnya kita.