Saturday, 24 January 2015

Risiko

Perempuan
Adakalanya sendiri membenarkan hati dilukai
Mendekati kembali insan yang pernah menyakiti

Saturday, 3 January 2015

Kawan yang pernah saya ada.

Tak sangka pula saya
Tak pernah-pernah saya suka dengar orang menyanyi dalam karaoke
Tapi saya boleh senyap-senyap rakam suara awak menyanyi

Tak sangka pula saya
Rupanya itu kali terakhir saya dapat dengar awak menyanyi depan saya

Dan tak sangka pula saya
Lepas dua minggu awak jadi orang asing depan saya
Malam itu kita boleh jadi kawan baik semula

Tapi itulah siapa sangka
Malam itu rupanya umpama penamat cerita kita
Penamat untuk cerita kita bila kita berdua

Hari terakhir saya hantar awak dilapangan terbang
Dan sejak hari itu kita terputus berita
Awak dah balik pun kita masih tak bersua muka
Khabar langsung tak tertanya
Entah mana silapnya

Hari ini
Saya tulis tentang awak
Lepas saya dengar semula suara awak dalam rakaman iphone saya

Jujurnya
Saya rindu apa yang kita lalui semua



Tuesday, 9 December 2014

Apa khabar.

Jadi lepas tiga minggu kita lalui,
Nampaknya awak cuba menggugat saya kembali.




Wednesday, 3 December 2014

Sepet.

Ramai orang kata
Untungnya saya sebab punya awak yang setia
Padahal saya sendiri tak punya idea
Setia awak itu sejauh mana

Cuma dalam ramai-ramai berkata
Saya tertarik dengan satu suara
"Lelaki berubah cuma kerana dua perkara;
Pertamanya wang ringgit,
Keduanya wanita"

Dimintanya saya untuk buka mata
Supaya nanti saya tak kecewa
Sebab kononnya sekarang saya penyebab yang kedua
Dalam hidup awak yang dibilangnya setia

Entahlah.
Tetap saya tiada idea.
Saya serahkan segalanya pada pencipta rasa.


Saturday, 29 November 2014

Pencuri panda saya.

Saya baik-baik sahaja kali ini
Tak selemah sebelum ini
Nak kata jadi lebih baik itu tidaklah
Cuma mungkin boleh kata tak seteruk dulu

Sekurang-kurangnya saya dapat balik hidup asal saya
Dan rupa-rupanya saya taklah terlalu goyang bila awak tiada
Sebab sebenarnya bila awak tak ada
Berkawan dengan kawan awak lagi boleh masuk dengan kepala saya

Biarlah bodoh bahalul keluar semua saat bicara
Sekurang-kurangnya orang begitu tak membonekakan saya

Tapi awak tetap tak akan saya lupa
Sebab awak kan pernah jadi kawan baik saya
Cuma entah mana silapnya
Kawan baik yang jadi orang asing akhirnya :')

Wednesday, 19 November 2014

Stuck.

They keep saying that we are very close
They keep talking about us here and there

But the truth is;
Our relationship is going nowhere.
Not even started.

Shame on me.
we should not be friends since the first day we met.
We should stay as a stranger.

Pelepasan Domestik.

Semoga dua minggu yang mendatang ini
Tidak terlalu mengganggu konsentrasi saya

Biar kita selesa dengan di mana tempat kita

Saya patut tahu mana tempat saya
Dan semoganya tempat awak langsung tiada dalam hidup saya

Sunday, 16 November 2014

Seksa jiwa.

Tinggi menggunung ego awak
Benar-bena mencabar sabar saya

Sekejap dilayannya saya baik
Sekejap lagi dilayannya macam orang asing

Apa lagi yang awak mahu tunjuk pada saya?
Apa lagi yang awak mahu saya tertanya-tanya?


Mungkin saya sedang menunggu satu saat
Yang mana saya ambil keputusan untuk putus asa

Friday, 14 November 2014

Friday and you.

Sedangkan duduk bersebelah pun tak bercakap
Apatah lagi nak berteguran saat selisih bahu

Aku tahu kau nampak aku
Cuma aku tak tahu kenapa kau seolah cuba menjauh

Can you just tell me what is wrong with us
Instead of running away from me?

We need to talk, baby.

Tuesday, 11 November 2014

Egoism

As per expected

You would find me when you were in need
You would call me when you had no one here

If you have your ego
So does me