Tuesday, 9 December 2014

Apa khabar.

Jadi lepas tiga minggu kita lalui,
Nampaknya awak cuba menggugat saya kembali.




Wednesday, 3 December 2014

Sepet.

Ramai orang kata
Untungnya saya sebab punya awak yang setia
Padahal saya sendiri tak punya idea
Setia awak itu sejauh mana

Cuma dalam ramai-ramai berkata
Saya tertarik dengan satu suara
"Lelaki berubah cuma kerana dua perkara;
Pertamanya wang ringgit,
Keduanya wanita"

Dimintanya saya untuk buka mata
Supaya nanti saya tak kecewa
Sebab kononnya sekarang saya penyebab yang kedua
Dalam hidup awak yang dibilangnya setia

Entahlah.
Tetap saya tiada idea.
Saya serahkan segalanya pada pencipta rasa.


Saturday, 29 November 2014

Pencuri panda saya.

Saya baik-baik sahaja kali ini
Tak selemah sebelum ini
Nak kata jadi lebih baik itu tidaklah
Cuma mungkin boleh kata tak seteruk dulu

Sekurang-kurangnya saya dapat balik hidup asal saya
Dan rupa-rupanya saya taklah terlalu goyang bila awak tiada
Sebab sebenarnya bila awak tak ada
Berkawan dengan kawan awak lagi boleh masuk dengan kepala saya

Biarlah bodoh bahalul keluar semua saat bicara
Sekurang-kurangnya orang begitu tak membonekakan saya

Tapi awak tetap tak akan saya lupa
Sebab awak kan pernah jadi kawan baik saya
Cuma entah mana silapnya
Kawan baik yang jadi orang asing akhirnya :')

Wednesday, 19 November 2014

Stuck.

They keep saying that we are very close
They keep talking about us here and there

But the truth is;
Our relationship is going nowhere.
Not even started.

Shame on me.
we should not be friends since the first day we met.
We should stay as a stranger.

Pelepasan Domestik.

Semoga dua minggu yang mendatang ini
Tidak terlalu mengganggu konsentrasi saya

Biar kita selesa dengan di mana tempat kita

Saya patut tahu mana tempat saya
Dan semoganya tempat awak langsung tiada dalam hidup saya

Sunday, 16 November 2014

Seksa jiwa.

Tinggi menggunung ego awak
Benar-bena mencabar sabar saya

Sekejap dilayannya saya baik
Sekejap lagi dilayannya macam orang asing

Apa lagi yang awak mahu tunjuk pada saya?
Apa lagi yang awak mahu saya tertanya-tanya?


Mungkin saya sedang menunggu satu saat
Yang mana saya ambil keputusan untuk putus asa

Friday, 14 November 2014

Friday and you.

Sedangkan duduk bersebelah pun tak bercakap
Apatah lagi nak berteguran saat selisih bahu

Aku tahu kau nampak aku
Cuma aku tak tahu kenapa kau seolah cuba menjauh

Can you just tell me what is wrong with us
Instead of running away from me?

We need to talk, baby.

Tuesday, 11 November 2014

Egoism

As per expected

You would find me when you were in need
You would call me when you had no one here

If you have your ego
So does me


Thursday, 6 November 2014

Wander Cafe

Sahabat dan kopi
Penghibur lara hati

Moga tuhan balas jasa baik mereka nanti

Monday, 3 November 2014

Lakonan

Ada masanya
Aku rasa aku terlalu gigih dengarkan pembohongan dia
Terlalu terpaksa lihatkan kelakuan palsu dia

Sedangkan
Kebenarannya sudah aku khatamkan terlebih dahulu