Tuesday, 17 February 2009

Maaf.

Maaf sebab aku tidak mampu pandang.

Maaf sebab aku tidak mampu senyum.

Maaf sebab aku tidak mampu tegur.

Aku ini bukan sombong.

Tapi, ini yang sebaiknya kan?

Wednesday, 11 February 2009

Nah!

Aku genggam tangan.
Aku naikkan jari aku yang paling tengah untuk kau.

Dunia aku bukan aku sorang lah.
Kalau kau tak tahu, kau diam.
Dan tolong jangan pura-pura baik depan aku lagi.
Boleh?

Thursday, 29 January 2009

Terima kasih.

Terima kasih wahai hati.
Yang sanggup menahan segala, untuk gembirakan diri ini.
Walau sekejap cuma, namun tetap masih cuba.

Terima kasih kekasih hati.
Walau kita tidak lagi sama-sama nanti.
Aku paling benci bekas pasangan kekasih yang benci-membenci.
Kau buat aku sakit, tapi aku sebolehnya tidak mahu membenci.

Terima kasih untuk hari indah yang pernah kau beri.
Terima kasih untuk bait-bait sumbang lagu yang cuba kau dengarkan.
Terima kasih untuk segala gurauan gila yang bisa buat aku rindu.
Terima kasih, buat aku rasa diri aku dihargai.

Dan terima kasih, sebab masih cuba jaga hati ini.
Hakikatnya, hati aku ini sudah dirobek-robek oleh kenyataan.
Dan apa kau tahu, dalam masa kurang 3 hari lagi,
hati ini bakal hancur semuanya?

Aku tidak tahu, dimana lagi harus aku cari kekuatan.
Yang aku nampak, dari engkau sendiri.
Dan entah kenapa, aku tetap rasa yang engkau ini tidak pernah berubah.
Walau keadaan sudah berubah semuanya.

Terima kasih kerana terus-terusan beri aku harapan.
Walau mungkin semuanya palsu belaka.

Aku rindu angin sejuk.
Aku rindu kabus tebal.
Aku rindu tangga tempat kita lumba.
Aku rindu tangga bergerak tempat kita ketawa.

Wednesday, 21 January 2009

Memang, aku kalah.

Dan akhirnya,
mutiara keluar lagi dari mata aku
Ah! untuk kesekian kalinya
ku kalah lagi dengan emosi sendiri.
 
Engkau terlalu hebat, emosi.
Engkau memang hebat.
Tapi tak mengapa lah.
Sekurang-kurangnya engkau buat aku puas.
Dengan mutiara yang berderai disebabkan engkau.
 
Dan ini pula warkah untuk engkau yang buat aku jatuh terduduk.
 
Lidah aku ini nampaknya sudah kelu.
Namun masih mahu aku hulur secebis penghargaan.
Ribuan terima kasih dari aku.
Untuk setiap apa yang pernah kita kongsikan.
 
Dan inilah dia aku,
masih mencari-cari kekuatan untuk dibuat teman.

Saturday, 29 November 2008

Paradigma mungkin tidak.

Aku lupa dunia,
aku lupa siapa aku,
aku lupa kisah silam aku,
kisah silam yang sudah hancurkan hidup aku.
 
Aku bimbang,
tapi aku hairan kenapa masih aku teruskan?
Jujur, aku tiada jawapan.
 
Tuhan,
apa bisa kau ampunkan aku?
Aku merayu.
Ku mohon perlindunganmu,
wahai Allah yang satu.
 
Diri,
katanya engkau takut?
sudah, kenapa tidak engkau berubah?
apa masih tidak cukup apa yang berlaku dulu?
apa kau mahu sekali lagi begitu?
 
Kapan kah kau akan sedar?
Ayuh, lakukan perubahan.
Mungkin, bukannya paradigma.
Cukuplah selangkah demi selangkah.


*n0ta kaki kali ini:
aku mmg sgt jahat. t0l0ng pcaye.

Thursday, 20 November 2008

Cerita Hati.

Menangis, meronta.
Bertanya, kapankah penghujungnya.
Menjerit, gelisah.
Mahukan semua ini ternoktah.
Dia, hati.
 
Sabarlah wahai hati.
Pasti, sedikit hari lagi.
Pasti, kebenaran akan terbukti.
Namun, harapnya engkau bisa tabah terima takdir.
Jika bukan kebahagiaan yang bakal hadir.
 
Relalah. Sekalipun ia menyakitkan.
Sabarlah. Usah terlalu percaya pada pendustaan.
Kerna sememangnya, itu yang terbaik untuk diperkatakan.
 
Wahai hati,
apa engkau percaya setiap apa yang dibilangnya tentang engkau?
Wahai hati,
apa engkau percaya setiap apa yang dibilangnya pada engkau?
 
Aku mahukan, aku perlukan.
Sungguh terlalu aku dambakan.
Hidup aku yang tenang, waktu dahulu.
Seperti waktu yang paling mula-mula dahulu.
Tiada gusar.
Tiada sangsi.
Tiada sedih.
Tiada pedih.
Tiada pilu.
 
Hari ini, apa engkau rasa dia tahu?
Gusar, sangsi, sedih, pedih dan  pilu.
Semua ini sudah menjadi teman baiknya aku.
Di setiap detik waktu yang tanpa ada dia di sisi aku.
 
Dan sememangnya tidak ada siapa pun tahu.
Bukan aku tidak cuba untuk memberitahu.
Namun bila berdepan lantas melontar kata sesuatu,
itu langsung tidak aku mampu.
Sebab aku hanya mampu membisu.
 
Untuk engkau yang sudah sakiti aku,
secangkir terima kasih ku tujukan padamu.
Bualanmu yang sememangnya sentiasa manis,
bisa buat hati aku ini dihiris-hiris.
 
Jangan engkau risau keadaannya aku.
Sebab aku tahu,
Yang Satu itu pasti tabahkan aku.