Saturday, 1 August 2015

Debaran.

Sehari dua ini hati aku penuh debaran.
Umpama setiap detik yang aku tidak fikirkan tentang kerja,
setiap detik itulah ia berdebar.

Allahu akbar.
Berdebarnya aku menanti jawapan dari tuhan.
Jawapan untuk istikharah yang masih aku usahakan.

Friday, 31 July 2015

Istikharah pertama.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Subhanallah
Allahu Akbar

Cuma Dia yang tahu betapa gentarnya hati ini
Betapa menggigilnya aku untuk mula melafaz niat dan mengangkat takbir

Namun segalanya aku serahkan padaNya
Moga dipermudahkan urusan aku, urusan kita
Moga diberi petunjuk dan ada jalannya

Dan isktikharah pertama ini
Aku khususkan untuk kita

Semoga Allah permudahkan segalanya buat kita
Amin

Mell & Mel.

Wednesday, 15 July 2015

Kita merancang dan tuhan penentu segala.

Raya ini sepatutnya menjadi pengikat hubungan kita
Hubungan yang terbina atas dasar tak percaya tapi selamba

Tapi malangnya sikap kau pemusnah segala
Keyakinan aku kau racun segala

Maaf yang kau pinta harus aku balaskan dengan apa yang aku rasa
Sebulan aku bertarung cari jawapan yang kau pinta
Namun masih tak aku jumpa hasilnya
Dua hari lagi kita sambut raya

Kalau terlepas raya yang ini
Maka raya depanlah aku bagi jawapannya

Bagaimana kau rasa aku tak endahkan hubungan kita
Begitu jugalah aku rasa bila selama ini kau terlalu bersahaja

Semoga tuhan tunjukkan keputusan terbaik buat kita

Setahun.

Aku ada sorang bos
Yang mana kalau jumpa dia luar pintu office
Aku akan rasa dia berlagak nak mampus
Aku lalu sebelah dia pun macam aku ini halimunan

Tapi bila dalam office pulak muka dia macam singa
Aku nak bagi dokumen suruh tandatangan pun
Aku kena menggigil sepuluh kali dulu

Tapi hari ini genap setahun aku kerja
Dan hari ini aku dapat berita gembira

Bos yang menyinga itulah
Yang suka cara aku kerja
Bos yang menyinga itulah
Yang dalam diam susun plan lebih baik untuk aku sebenarnya

Arigato Gozaimas I____ san!

Wednesday, 27 May 2015

Mimpi ngeri sebenarnya.

Ingat tak macam mana kita boleh gelak tawa sama
Macam mana pula kita boleh lepak lama tanpa bicara
Saya pura-pura nak tengok kapal terbang atas kepala
Walhal sebenarnya cuma nak awak ada dengan saya
Setiap rabu awak main badminton saya datang tunjuk muka
Belum masuk yang awak karaoke dengan kawan-kawan macam orang gila
Lepak mamak sampai pukul dua pukul tiga kadangkala
Macam mana kita movie marathon sampai pagi pukul tiga
Balik lepak mcd sampai pukul lima
Padahal pukul lapan awak kena masuk kerja

Waktu tu, semuanya bahagia.

Sampailah awak kena balik jb untuk jaga projek sana
Saya hantar awak kat airport dan that was a really great goodbye rasanya
Sehari, dua hari, seminggu, dua minggu
Sms kurang, telefon langsung tidak

Awak balik sini terus jadi orang asing

Pergi tengok movie pun langsung kita tak tegur sapa
Pergi karaoke pun dah tak beriya
Makan sama lepas kerja boleh kira berapa kali sahaja
Kalau jumpa depan-depan lagi lah awkward rasanya

Sampai hari terakhir awak kat sini baru saya ada keberanian nak tahu apa jadi sebenarnya
Jawapannya menggembirakan walau sedikit mengecewakan
Yang mengecewakan saya ialah awak dah bertunang setahun yang lalu
Yang menggembirakan saya ialah awak cuba lari dari saya sejak awak sedar awak suka saya
Which is..saya tak bertepuk sebelah tangan pada mulanya

But ya, we have to move on
And i had moved on since long time ago
Sejak awak lari bila nampak saya

Well, glad to know that you are getting married
Maaf saya tipu yang saya cakap saya akan kahwin juga
Ia sekadar saya taknak nampak loser sebenarnya



Walau kita sudah punya haluan berbeza
Awak tetap pernah jadi yang termanis dalam hidup saya

Selamat malam dari saya,
Kawan lama.



Thursday, 14 May 2015

Buaya yang pulang dari Sabah.

Kalau dah sentiasa diperbodohkan
Entah mana pentingnya aku ini dalam hidup dia

Kalau dah selalu dipermainkan
Apa gunanya berkorban kerjaya untuk dia

Kalau dah selalu dibohongkan
Umpama aku ini budak sekolah yang mudah diperdaya

Apa aku begitu terdesak sebenarnya?
Nah, tuhan punya aturan lebih baik. Bagi masa.

Aku percaya tuhan.
Aku percaya dia bakal temukan aku dengan yang lebih dewasa.

Selamat tinggal, lelaki buaya.
Sikit pun aku tak rugi kalau kita tak bersama.

Sunday, 15 February 2015

Rindu

Ku mohon kau tolong jaga ayah ibu ku
Ku mohon kau lindung ayah ibu ku

Begini rasanya terpisah dengan akses hubungan yang terhad

Ku mohon ku rayu
Tolong kau jaga dan lindungi ayah ibuku

Sunday, 8 February 2015

Panah duri.

Terasa hati dikoyak disiat
Oleh keinginan yang kau impikan
Langsung tak diterima akal
Apa lagi nak aku realisasikan

Kekecewaan aku ini
Dan sakit hati ini

Betul terkesan dalam hati

Saturday, 7 February 2015

Dari hati yang kecewa

Yang bila kau dah buka hati aku
Untuk fikir jauh tentang cinta
Rupanya kau yang buat aku rasa kecewa

Mustahil aku membelakangkan keluarga
Semata untuk ikut cara kau yang gila
Sedangkan kau sendiri jenis lelaki yang rapat dengan keluarga
Tidak ke kau fikir nanti perasaan mereka?

Allah, besar sungguh aku di duga
Pengharapan aku diakhiri rasa kecewa
Mohon kau aturkan jalan untuk aku yang lebih bahagia
Sebab aku tahu Kau yang paling berkuasa


Sunday, 1 February 2015

Yang cakap tak serupa bikin.

Masalah aku satu sahaja
Bila kau ajarkan aku jangan begitu begini
Tapi kau sendiri buat apa yang kau katakan jangan

Tak tahu nak cakap apa
Hilang respek lah cerita dia