Tuesday, 11 November 2014

Egoism

As per expected

You would find me when you were in need
You would call me when you had no one here

If you have your ego
So does me


Thursday, 6 November 2014

Wander Cafe

Sahabat dan kopi
Penghibur lara hati

Moga tuhan balas jasa baik mereka nanti

Monday, 3 November 2014

Lakonan

Ada masanya
Aku rasa aku terlalu gigih dengarkan pembohongan dia
Terlalu terpaksa lihatkan kelakuan palsu dia

Sedangkan
Kebenarannya sudah aku khatamkan terlebih dahulu

Thursday, 30 October 2014

7 hari

Sejak bila pula time drive tak boleh jawab telefon?
Sejak bila susah sangat nak balas mesej yang setakat dua tiga?
Sejak bila payah sangat nak kirim khabar berita?

Baru genap seminggu sahaja
Tapi lain betul jadinya

Mungkin saya dah boleh fikir mana nak sorok muka
Mungkin saya dah boleh fikir mana nak pendam rasa
Mungkin saya dah boleh fikir mana nak tampal luka

Semua sebab saya rasa saya dan awak tak akan ke mana
Kan saya kata dah boleh agak lama
Cuma degil taknak dengar kata hati saya


Ludah

Tipulah kalau saya kata tak rindu.
Tapi kalau rindu pun, bukan awak ambil tahu.

Saya tak pasti bila kali terakhir saya lalui situasi begini
Mungkin empat atau lima tahun lepas

Saat itu saya percaya saya tak akan ulang silap saya
Tapi malangnya hari ini seolah saya jilat ludah semula

Sunday, 26 October 2014

14 hari.

Jadi memang selama ini awak cuma uji saya?
Siapa yang mulanya tuduh saya; baru satu hari dah cuba melupa?
Hari ini hari ketiga; hari kedua awak lalui tanpa beri satu pun berita.

Masih berbaki sebelas hari untuk kita.
Jadi kita lihat sahaja percaturan ini sejauh mana.


Tuesday, 21 October 2014

Sama.

Akhirnya saya rasa awak berjaya menbuktikan pada saya
Yang bahawasanya--
You're just like the others

Ekapektasi saya memang tak terlalu tinggi
Jadi bila jatuh terduduk tak lah terlalu sakit nanti

Friday, 17 October 2014

Hujan dan dia.

Hujan lebat
Rumah depan mata
Tapi aku masih dalam kereta

Apa lagi benda lain boleh buat selain berangan?

Tentang kita
Yang aku rasa mungkin terlalu jauh sesatnya
Yang sebenarnya kita boleh agak ia tak ke mana
Yang sebenarnya memang nampak cuma suka-suka

Tapi itulah
Kenapa tak berhenti sebelum makin gila
Kenapa tak lari selagi tak diduga
Kenapa tak dijauhi kalau tak nak terluka

Itulah perangai aku yang aku sendiri tak suka

Adakalanya terlalu terdesak untuk ada kawan depan mata
Padahal bila tutup mata, banyak saja kawan lain menjelma sebenarnya.


Friday, 10 October 2014

Bayangan

Dalam dunia ni--
Memang ada ke situasi;

Kali pertama kita jumpa lelaki--
Kita terus bayangkan yang dia akan jadi suami yang baik,
Kita bayangkan kita yang jahat ini pun akan terbimbing jadi baik.

Ke, pengaruh drama semata?

Thursday, 2 October 2014

Lelaki

Lelaki akan tetap jadi lelaki
Tetap ada sisi pengabaian mereka

Lelaki akan tetap jadi lelaki
Ada masa perasaan wanita hanya sekadar boneka

Lelaki akan tetap jadi lelaki
Tetap sampai bila-bila