Tuesday, 19 August 2014

Saya tahu tak mudah

Lima tahun yang sekejap-sekejap
Sekejap ada dan sekejap hilang

Mungkin jarak memang bukan untuk kita
Mungkin perasaan suka cuma bila depan mata

Tapi cuma satu
Selapas lima tahun
Ini kali pertama rasanya
Saya terpegun tak terkata bila jumpa

Sebab sebab dari muka, perbuatan hingga kata-kata
Ianya seolah-olah milik bidadara


Indah sungguh ciptaan Dia
:)

Tuesday, 12 August 2014

Kalaulah awak tahu...

Tak akan sekali pun dalam otak kita
Akan terfikir tentang manusia lain yang menderita atas kebahagian kita
Mungkin pernah
Cumanya tak diketahui siapa dan bagaimana

Bagaimana kami kenal
Bagaimana kami berkawan
Bagaimana kami berlebih dari sekadar kawan
Dan bagaimana akhirnya saya ditinggalkan

Saya pasti yang awak langsung tak tahu

Ada masa saya hairan apa kurangnya saya
Apa hati saya cuma mainan
Apa cinta saya hanya lelongan

Apa lebihnya awak daripada saya?
Kecantikan luaran?
Apa memang lelaki cuma pandang luaran?
Apa pentingnya kecantikan lebih dari keikhlasan?

Dan saya masih tak jumpa jawapan

Dan setiap kali saya lihat awak dan dia kongsi senyuman
Percayalah; saya seakan dihujani kegelapan

Kalaulah awak tahu yang kekasih awak sekarang itu punya sahabat yang dijadikan barang permainan
Saya pasti awak faham sebab awak juga perempuan

Monday, 4 August 2014

Desperado

Sampai suatu masa
Aku rasa terdesak
Dan cuma tuhan tahu
Apa mahuku

Wednesday, 30 July 2014

Sweet talker

Tak tahu lah pula aku
Kalau kau cuba main tarik tali

Tapi yang aku tahu
Aku tak akan jatuh untuk kedua kali

Sudah-sudahlah
Tak perlu terlalu manis lagi

Terlambat dan tak akan pernah dapat

Wednesday, 16 July 2014

Hozil

Entah setiap mana saya pergi
Ada sahaja lelaki seiras awak

Kerja di tempat baru pun
Rakan berbangsa Jepun seiras awak

Yang lagi parah
Tengok Mesut Ozil pun dah serupa awak

Tapi itu lah
Awak yang dah tak macam awak



Monday, 30 June 2014

Konstruk.

Ada masa mood dia baik, baik lah dia.
Ada masa mood dia swing, tengok muka pun menyampah.

Kalau diikutkan, dia orang atasan.
Tapi selalunya, dia jadi kawan.


Biasa tengok majikan kena kutuk depan-depan?
Biasa tengok pekerja mengular dengan kebenaran?
Biasa tengok majikan subahat suruh cuti tanpa kebenaran?
Biasa tengok pekerja buli majikan?

Tak tahulah mana nak korek lagi orang macam dia.

Nanti bila aku tak ada,
moga dia tak mengeluh kena urus sendiri semua.
Nanti bila aku tak ada,
moga jangan terus tak tahu nak buat kerja.

Thank you for these two years!

You tak boleh tipu I.
I know that deep inside your heart, you feel lost kan? Hehh.
It's just your ego that deny.

You hensem,
You baik,
Tapi sayangnya, you poyo.
Kikiki.

Till we meet again Razi :)




Sunday, 22 June 2014

The fabulicious girl.

Satu perasaan--
Yang bila kau terlalu mahu tolong
Namun tiada satu pun yang kau mampu
Maka, doalah.

I may not know how to approach her
Tapi tetap ku titipkan doa dari jauh
Minta tuhan kuatkan adik ini
Minta tuhan tabahkan adik ini



Abang awak cerita tentang awak pada kakak.
Yang mana suatu masa dulu kakak juga pernah hadapi sama macam awak.
Cumanya kondisi awak mungkinnya lebih berat.

Jadi kakak minta satu perkara untuk awak buat.
Awak cuma perlu jadi kuat.
Sedikit pun cukuplah sayang.
Asalkan awak mencuba.

Time heals, baby.

Monday, 16 June 2014

Kelabu biru.

Saat kemeja-t kita tersarung dibadanku
saat lagu John Legend terpasang di telefon pintarku
ku rasa indah
terlalu indah untukku

Sepertinya aku kembali ke masa lalu

Jam empat pagi waktu sedang memandu
dan lagu John Legend berkumandang tika itu
bagai mendodoi engkau yang baru lena disebelahku

sunyi malam
muzik
cinta

Sempurna
Momen itu cukup sempurna bagiku


Sunday, 15 June 2014

Kelat

Saat terakhir kali duduk sebelah
Saat jemari digenggam kuat
Saat dibilang ingatanmu takkan lenyap

Saat realiti dipisah jarak
Saat hubungan dilanda ombak
Saat kau cuba menyelamat

Aku tertanya sama ada kau masih ingat


Friday, 13 June 2014

Deeper Conversation.

I'm not asking for an expensive lunch treat.
Not even a candle light dinner date.
All I need is just your time,
so we can sit together,
and having a cup of coffee.

That would be enough for me, I promise.
As I'm counting the days,
I just want to spend the little time,
With the person I adore for years.