Thursday, 29 October 2009

The weather

It is a rainy day outside.
It seems like;
The weather can understand what I feel inside.

Monday, 5 October 2009

Yang kau.

Tolong jangan mengapa-apakan keluarga aku.
Tolong jangan mengapa-apakan sahabat dan teman aku.
Tolong jangan mengapa-apakan siapa sahaja yang aku sayang.

Jika tanpa ada sebab yang relevan, maka tolong jangan.
Aku mohon.

Engkau bukan tuhan, yang perlu orang lain turutkan.
Jangan terlalu kau ikutkan fikiran kau seorang.
Dunia ini kan penuh dengan human being yang lain.
Jadi, tolonglah.

Jangan sampai pandangan buruk aku terhadap kau melepasi tahap normal.

Friday, 11 September 2009

Tanpa niat.

Adakalanya tanpa kita tahu,
ada manusia lain yang cuba faham kita dalam diam.

Dan adakalanya juga tanpa kita tahu,
yang kita ini sedang mencuba untuk faham manusia lain dalam diam,
dan yang selalunya tanpa sedar.

Monday, 24 August 2009

Tentang aku.

Ianya terlalu kompleks,
untuk aku huraikan satu persatu.
Mungkin nanti lama-lama,
akan kau faham sendiri.

Kau yang ringkas,
selamat mengenali aku
yang mungkin terlalu kompleks pada mata kau.

Selamat mencuba.

Saturday, 1 August 2009

Another hope.

Tonight, I'm standing here all alone.
I'm looking at the stars and pretending it's you.
I'm talking to the stars even I know they would never respond.

Can you see?
There is something wrong with me.

This is just another hope.
My hope. 

Thursday, 23 July 2009

Paksi Kehidupan.

Wahai emosi yang sedang mundar-mandir
Semakin kau buat aku tidak faham
Pada litar-litar sulit belit kehidupan
Yang serabut tapi berseni itu
Cantik dan indah kan sebenarnya hidup kita ni?
Sungguh!

Kini, semua benda bagai nak gila
Semuanya semakin menjauh dari orbit hati aku
Sudah semakin terlalu infiniti

Silalah kembali semula pada paksi x dan y
Bermula semula di garisan pusat kosong
Biar aku faham
Tentang apa yang sebenarnya terjadi

Saturday, 4 July 2009

Tentang syukur.

Kadang kadang,
aku tak tahu apa yang aku mahukan dalam hidup.

Aku rasa,
aku tak tahu apa itu syukur.

Saturday, 27 June 2009

Jumpa.

Aku sudah jumpa jiwa aku.
Jiwa, bukan cinta.

Ya, sudah jumpa.

Thursday, 18 June 2009

Dari Hati Si Pengecut.

Aku duduk diam-diam.
Aku fikir dalam-dalam.
Baru aku dapat jawapan.
Antara aku dan kau, kita sekadar kawan.

Maaf, jika ini mengecewakan.
Dan maaf, jika aku yang terperasan.

Sombolik dan kiasan kau,
cuma aku faham bila hati aku sudah ada jawapan,
bila otak aku sudah keluarkan keputusan.

Harapan aku, kita tetap bisa jadi kawan.
Walau aku sedih, kita semkin menjauh.
Engkau bukan yang aku kenal dulu.

Maaf, aku pengecut.
Sebab aku tak mampu ucap depan-depan.

Monday, 2 March 2009

Yang semakin dimakan masa.

Aku punya gitar aku sendiri
Tapi aku rindu bunyi gitar kau
Aku boleh petik gitar aku sendiri
Tapi aku rindu kau petik gitar kau
 
Aku punya suara sumbang sendiri
Tapi aku rindu suara sumbang kau
Aku punya melodi aku sendiri.
Tapi aku rindu melodi kau.
 
Terima kasih untuk kisah gitar pertama
Yang jadi permulaan bagi kisah seterusnya
 
Kisah gitar pertama, hujung talian
Kau melaka dan aku kuala lumpur
Kau sama teman-teman
Aku cuma sama sang bulan
 
kisah gitar pertama depan mata
bangunan buruk dan tingkat tertinngi
 
Kisah gitar seterusnya,
hujung talian, setiap malam
Buat aku tidur sambil senyum
 
2008, walau sudah tidak sama-sama
kau tetap bagi aku rasa benda sama.
yang terakhir, mac 2008
kau johor dan aku selangor.
 
Hari ini, kita sudah di 2009.
 
Terima kasih untuk tinggalan kenangan.
Aku simpan baik-baik.
Walau kita cuma begini.
 
Semoga kau hebat di sana.